Sunday, January 3, 2010

Mengurangkan Timbangan dalam urusan perniagaan/jual beli.

Ahad, 3 Januari 2010/17 Muharram 1431

Mengurangkan Timbangan dalam urusan perniagaan/jual beli.

1. Perniagaan sangat digalakkan bagi menyara cara hidup bagi mencari harta kekayaan di dunia. Sembilan persepuluh dari rezeki itu boleh diperolehi dari perniagaan.Walasu bagaimanapun Islam menetapkan cara sebagaimana yang diperintahkan Allah supaya tidak melakukan perkara yang haram atau menindas orang lain untuk mengejar keuntungan yang tidak dihalalkan di dalam Islam.Selaku ahli perniagaan kecil atau besar kita mestilah berasaskan perkara yang amat penting iaitu mencari yang halal dengan cara yang halal pula.Ertinya carilah barang yang halal untuk diniagakan dengan cara yang penuh kejujuran. serta tidak melibatkan penipuan,. pengananiayaan , pencurian hak orang lain,perampasan, riba dan sebagainya.
an jual beli yang diotetapkan did alam Islam.

2. Menjalankan petrniagaan tanpa mengikut cara yang tersebut dia tas, adalah haram hukumnya kerana tidak menamalkan cara atau peraturan ynag ditetapkan dalam Islam. Haram dipakai dan haram dimakan , sebabperbuatan itu dinamakan perbuatan ynag batil (tidak sah) menurut Agama. Di antara perbuatan ynag yang termasuk perbuatan yang batil adalah seperti berikut.

1. Penipuan
2. Perampasan
3. Makan riba
4. Pengkhianatan
5. Perjudian
6. Suapan
7. Berdusta
8. Pencurian

3. Barang-barang yag bersukat seperti pada zaman dulu tyang tiada alat timbangan seperti hari ini, hendaklah disukat dengna sempurna dan barang-barang yang bertimbanag hendaklah ditimbang dengan cukup, tiada boleh kurang.

Firman Allah swt: " Dan hendaklah kamu sempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil"
- ( Al-An'am: 152)

Perbuatan curang mengurangi sukatan dan timbangan dalam syariat Islam adalah dipandang sebagai satu dosa besar. Orang yang melakukannya diancam azab sengsara di akhirat kelak.

Firman Allah swt:

" Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orangayang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minmta patuhi . Dan apabila mereka mnyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya"
- ( Al-Muttaffifin: 1-3)

Rasulullah saw bersabda ynag bermaksud:

" Lima (dibalas) dengna lima. Mereka sahabat bertanya: Apaah lima (dibalas) dengan lima , Hai Rasulullah?

Rasullulah menjawab; satu kaum tidak membatalkan perjanjian melainkan Allah (membenarkan) musuh menguasai mereka. Mereka tidaklah memutuskan perkara dengan selain apa yang telah diturunkan Allah, melainkan merebak kepapaan dalam kalangan mereka.

Tiada lahir di kalangan mereka kejahatan (zina) , melainkan Allah menurunkan ta'un ke atas mereka, yakani banyak kematian. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan, melainkan mereka ditahan dari tunbuh-tumbuhan (tanaman tidak menjadi) dan mereka ditimpa kemarau dan kelaparan. Dan tiadalah mereka menahan zakat (tidak mengeluarkan zakat) melainkan mereka tidak mendapat hujan".

-( HR. At-Thabarani)

Demikianlah ancaman Allah dan Rasul tehadap dosa kerana curang dalam timbangan dan sukatan; Dan Firman allah lagi:

"Tidakkah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan? Pada suatu hari yang besar, iaitu hari (ketika) manusia berdiri menghadap tuhan semesta alam"

-(Al-Nuthaffifin: 4-6)

Pada hari kiamat nanti orang-orang yang curang itu akan mendpat siksa yang pedih dari Allah. Ini adalah satu kepastian.

No comments: