Monday, January 4, 2010

Bermohon kepada Allah bagi menyembuhkan penyakit/kemudaratan

Isnin, 4 Januari 2010/18 Muharram 1431.



Bermohon kepada Allah bagi menyembuhkan penyakit/kemudaratan.



Dalam hidup ini kita diuji oleh Allah swt dengan ditimpanya penyakit, musibah dan kesusahan yang menyebabkan kita merasa menderita menanggung kesakitan dan sesusahan. Jika ditimpa penyakit kita diwajibkan berikhtiar mengubatinya dan pada masa yang sama bedoa memohon kepada Allah swt supaya disembuhkan penyakit tersebut.Dalam menghadapi penyakit itu kita hendaklah redha dan bersabar terhadap Allah swt di atas ujian yang diberikan kepada kita.

2. Dalam hal ini di dalam Al- Quran dikesahkan Nabi Ayub yang pernah menderita akibat penyakit yang dapat dijadika contoh bagimana beliau telah bersabar mendapatkan rahmat Allah swt, dan jika dapat bersabar berterusan ia pasti akan membuahkan kejayaan. Kerana kita yakin kuasa menyembuh itu adalah di tangan Allah dan sesiapa yang diperkenankanNya. Apabila seorang hamba berhubungan dengan Allah yang bersifat Al-Syafi (Yang Maha Menyembuhkan), maka pertolongan Illahi pun berjalan dengan sempurna untuk menyembuhkan sesuatu penyakit dan Allah pula memberi ilham kepadanya. Al- Quran menggambarkan kepada kita mengenai "ubat' yang telah menyembuhkan penyakit yang diderita oleh Nabi Ayub a.s Allah berfirman:

" Hentakkan kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum"-(Surah Sod:41)

3. Terdapat di dalam Al Quran permohonan nabi Ayub kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit yang dideritainya dna Allah memperkenannya nya. Firman allah dlam surah Al-Anbia: 90:
"Dan (ingatlah kisah)Ayub, Ketika ia menyeru Tuhannya: (Ya tuhanku) sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha penyayang..Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu kmai lenyapkan penyakit yang ada padaya, dan kami kembalikan keluarganya kepadanya. Dan kami lipatgandakan bilangan mereka, sebagai satu rahmat dari kami dan untuk menjadi peringatan bagi segala mereka yang menyembah Allah"

4. Manusia lupa bahawa tidak ada siapa pun yang boleh menghilangkan bencana, kecuali allah swt. Firman Allah swt:

"Dan jika Allah menimpa sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya, kecualai Dia".
- (Surah Yunus: 107)

Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun di alam ini ynag boleh kita harapkan untuk menghilangkan bencaa dan kemudaratan, selain dari Allah. Sesungguhnya pintu doa sentiasa terbuka dan peluang untuk "berzikir" terserah kepada kita. Hayatilah ayat-ayat berikut:

1. " Dan sesungguhnya telah kmai mudahkan Al Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil peringatan" ( Surah Al Isra': 56)

2." Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam".(Surah: Al-Takwir; 27)

3. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang ynag beriman, supaya tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka0. (Surah Al Hadid: 16)

5. Awaslah supaya perasaan putus asa tidak merayap ke dalam hati kita, yang menyebabkan kita bercita-cita untuk mati,ataupun meminta agar mati itu disegerakan.Anas R.A mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda;

" Janganlah seseorang kaum itu bercita-cita untuk mati kerana penyakit yang menegnainya. Jika sekiranya ia terpaksa bercita-cita maka hendaklah dia berkata begini:
"Ya allah, hidupkanlah aku jika sekiranya hidup itu lebih baik bagiku, matikanlah aku jika sekiranya kematian itu lebih baik bagiku"

Yang paling baik ialah ialah kuat sabar, dan tenang menghadapi setiap ketentuan Allah swt yang menimpa kita serta berserah diri dan redha dengan kehendak Allah swt.

No comments: