Hari ini , Selasa 13 Mei 2008 bersama 06 Jamadilawal 1429H.
Tertanya di fikiran yang lemah ini, bagaimana dapat kita mempertingkatkan amal soleh dengan mengharapkan balasan syurga yang begitu istimewa bagi orang Islam yan mukmin? Jika dapat dihitung amalan ynag dapat dibuat sangatlah sedikit, tanpa kemurahan dan sifat penyayang denganNya rahmatNya tidak mungkin kita dapat tergolong dalam golongan ahli syuraga ynag dijanjikan dengan nikmat dan ketenangan yang berkekalan.
Semoga amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang yang beriman, yang ditunjuk di dalam hadis ini akan dapat diteladani sebagai amalan soleh dan akan medapat keredhaan Allah swt. Antarnya ialah berlaku taat serta adil melaksanakan rukun Islam dan Rukun Iman, semasa muda beribadat kepada Allah, sentiasa berjemaah di masjid, hubungan silaturrahim sesam islam, berzikir dengan penuh rindu dan rasa cinta kepada Allah swt, tidak melakukan maksiat/zina, bersedekah secara ikhlas kerana Allah.
Maksud hadis, "Ada tujuh orang yang akan dinaungi Allah pada hari yang tak ada naungan selain dari naungannya.
Pertama- imam/pemimpin yang adil.
Kedua-Seorang muda usia yang perkembangan hidupnya sentiasa dipergunakan untuk beribadat kepada Allah.
Ketiga- seseorang yang hatinya senantiasa rindu akan masjid, semenjak ia keluar dari masjid, sampai nantinya ia kembali ke masjid.
Keempat- Dua orang bersahabat, saling kasih sayang kerana Allah, baik sewaktu mereka berkumpul, maupun bilamana mereka berpisah.
Kelima-Orang yang berzikir/menyebut Allah di waktu sendirian, sampai-sampai berlinang matanya.
Keenam-Seseorang yang dirayu untuk berbuat kotor oleh seorang wanita berkedudukan lagi cantik, maka ia menolak seraya berkata: Aku takut kepada Allah Tuhan seru sekalian alam.
Ketujuh- Seorang berderma secara sembunyi-sembunyi, seolah-seolah tangan kirinya tak tahu apa yang didermakan tangan kanan".
- Ruah Alsyeikh waAhmad wannisaii an Abi Hurairah Sumber- Hadis2 Pilihan- Riwayat Imam Bukhari , Imam Muslim dll
No comments:
Post a Comment