Hari ini Sabtu, 17 Mei 2008/11 Jamadilawal 1429
'Ubaidah Mulaiki r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; " Wahai kamu ahli-ahli Quran, jangan gunakan Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam, kembangkan kitab suci itu, bacalah ia dengan suara yang baik dan fikirlah di atas kandungan-kandungannya (taddabur) dengan ini kamu akan mendapat kejayaan. Janganlah kamu gunakannya untuk mendapatkan ganjaran yang serta merta darinya (dalam dunia ini) kerana ia mempunyai ganjaran yang begitu mengkagumkan (di hari akhirat)."
- (Ruwah al baihaqi fi Shuib il iman.)
Daripada hadis di atas kita dapat menyimpulkan beberapa pengajaran yang perlu diberikan perhatian serta tindakan yang dapat dimanafaatkan dari Al Quran itu:
1. Al-Quran hendaklah ditempat di kedudukan yang tinggi dari segi menyimpan dan menghormati kandungan serta pengajaran serta ilmu yang terdapat daripadanya. Quran itu hendaklah dibaca, difahami dan dihayati isi kandungannya.
2. Al-Quran itu hendak dibaca dengan penuh hormat sesuai dengan Kitab suci/Qalamullah dengan sopan serta tertib yang diperlukan dari segi bacaan yang betul dan dengan gaya Arabnya dan sebagainya.
3. Kandungan Al-Quran tersebut hendaklah disebarkan dengan cara lisan, tulisan, mentafsirakannya serta mengamalkan kandungannya seberapa yang mampu.
4. Al Quraan hendaklah dibaca dengan betul bertajwid, dengan suara yang baik, kerana suara yang merdu menggandakan keelokan alquran.
5. Isi Al-Quran hendak dikaji dipelajari dari sumber-sumber ayat-ayat keterangan Al-Quran ynag lain serta hadis Rasullullah serta dari tafsiran ulamak yang pakar dalam tafsir supaya mendapat iktibar serta pengajaran yang betul daripadanya.
6. Hadis ini juga menegaskan supaya pembaca tidak menerima apa-apa upahan kerana membaca Al-Quran itu akan memperolehi ganjaran yang begitu besar lagi mulia pada hari akhirat nanti
No comments:
Post a Comment