Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu
ia bersabda:" Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau
orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)".
Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:"Jika engkau berada di waktu petang,
maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di
waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari
sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa
mati engkau.
(al-Bukhari)
Huraian:
1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang
ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang
sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah
seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman
tempat asalnya iaitulah alam akhirat yang kekal abadi.
2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya
waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh
itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyedari bahawa waktu itu
sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka
berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh amalnya.
Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.
3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi
hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau
sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam
No comments:
Post a Comment