Wednesday, May 14, 2008

Taat kepada ibubapa dan Rasul

Hari ini Rabu,14 Mei 2008 bersamaan 07 Jamadilawal 1429 H.

Semalam 13 Mei 2008, Di Masjid Ar Rahimah, Taman GreenWood, Gombak, saya berpeluang mengikut kuliah maghrib yang di sampaikan oleh Ustaz Rahim Nasir. Beliau membacakan beberapa buah hadis dari Riyadhus Shalihin oleh Imam Nawawi yang menegasakan perlunya taat serta patuh kepada ibubapa dan juga Rasullah sws.

Untuk makluman Masjid Ar Rahimah menjadualkan Kuliah maghrib pada setiap hari kecuali Malam Jumaat. Di samping itu juga diadakan Kuliah Subuh setiap pagi Ahad selepas solat subuh.Kehadiran muslimin muslimat dialu-alukan.

Antara hadis-hadis tersebut ialah:

1. Dari Ibnu Umar radhialllahu 'anhuma, katanaya, " Di bawah saya ada seorang wanita, maksudnya: Saya mempunyai seorang isteri, dan saya mencintainya, sedangkan Umar, ayahnya membencinya. Lalu Umar berkata kepadaku: " Ceraikanlah isterimu itu!", sedang saya enggan melakukannya. Umar lalu mendatangi Nabi s.a.w kemudian menyebutkan keadaan yang sedemikian itu. Maka Nabi s.aws. bersabda: " Ceraikanlah wanita itu".

(Diriwawayatkan oleh Imam-iamm Abu Dawud dan Termizi dan Imam Taermizi nwbngatakan bahawa ini adalah Hadis hasan Sohih.)onestep://[bgob]onestep://[bgob]

``Pengajaran dari hadis di atas adalah:

a) Pandangan orang tua (ibubapa ) perlulah diambil kira dalam membuat keputusan dalam keluarga. Kita perlu redha dengan keputusan yang diputuskan oleh mereka. Memandangkan sebagai orang lama, mereka lebih berpengalaman dan idea mereka boleh dikongsikan bersama kerana bernas dan lebih baik..

b) Nabi Muhammad s.a.w. membuat keputusan yang perlu diterima, kerana beliau sebagai utusan Allah mempunyia kelebihan dalam ilmu dan petunjuk dari Allah swt. Dalam hal ini apa jua arahan atau perintah dan pengajaran melalui sunnahnya perlulah dipatuhi dan diamalkan tanpa dipesoalkan .

c) Mematuhi kehendak ibu bapa perlu dipandang berat untuk diambil perhatian atau penerimaan. Tambahan pula perintah Allah swt yang Maha Agung lagi berkuasa yang perlu disembah dan mengamalkan segala perintahnya.

d) Anak yang derhaka kepada ibubapa akan tidak dapat masuk syurga tanpa keredhaannya. Begitu jugalah hamba yang derhaka kepada perintah Allah lebih-lebih lagi akan ditempatkan di neraka jahanam.

e) Dalam persoalan yang melibatkan dosa pahala merupakan masalah iman. Perintah Nabi perlulah dipatuhi yang lebih khusus berkaitan dengan agama seperti syariat dan sunah nabi yang lain yang perlu dipatuhi dan dicontohi dengan sebaik-baiknya. Contohnya mengunyah makanan semasa makan oleh Nabi. Arahan Nabi perlu akur oleh semua orang, dalam hal-hal yang bekaitan dengan akhirat. Bagi urusan dunia adalah lebih maklum oleh manusia sendiri. Oleh itu ilmu agama perlulah digerakkan di pusat-pusat pengajian seperti masjid dan surau perlulah diimarakkan oleh orang Islam.

f) Kita tidak boleh ragu-ragu dalam mengamalkan ibadah melalui iman yang kukuh dan yaqin. Yusoff Qurdhawi yang menulis buku bertajuk“Apa itu Iman” Iman itu ia keprcayaan yang wujud dalam hati sanubari manusia, tanpa perasan ragu-ragu dan bimbang. Oleh kerana iman tidak nampak pada zahirnya seperti dosa dan pahala dengan penuh yakin kerana perkara itu tak dapat dilihat.Allah menguji keikhlasan seseorang melakukan ibadahnya.

Pahala dan dosa

Hadis ke 2.

Dari Abuddarda’ r.a. (sahabat Nabi yang kaya / Addarda nama anak perempuan ) beliau bahawasanya ada seorang lelaki datang kepadanya dan berkata: “ Sesungguhnya saya mempunyai seorang isteri dan sesungguhnya ibuku menuyuruh kepadaku supaya aku menceraikannya”. Kemudian Abuddarda’ berkata:” Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang tua adalah pintu yang paling tengah di antara pintu-pintu syurga.” Maka jikalau engkau suka, buanglah pintu itu, tidak perlu mengikut perintahnya atau tidak berbakti padanya, tetapi ini adalah dosa besar, atau jagalah pintu tadi, dengan,mengikuti perintah dan berbakti dan ini besar pahalanya.”

Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa iniu adalah Hadis sohih.

Pengajaran dari hadi di atas:

a) Ibubapa mempunyai kemuliaan masing-masing. Ibu lebih dimuliakan daripada bapa, kerana keperitan /kesusahan ibu yang mengandung 9 bulan, melahirkan anak, menjaga dan mendidik anak-anak, dean hubungan ibu lebih rapat dengan anak-anak ysng melahirkan anak.Mereka perlu disyukuri dihargai sebagaimana meraikan ibu melalui Hari Ibu.

b) Menjalin silaturrahim adalah menjadi tanggung jawab setiap orang. Hubungan dengan emak sauadara, adik beradik,dengan jiran dan ahli kenalan tempat tinggal dan tempat sekerja perlu dijaga supaya dapat berhubung dengan kasih sayang sesama Islam.

c) Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk menyatukan umat dalam satu kesatuan bersaudara dalam Islam. Orang yang memutuskan silaturrahi tidak akan lepas dari ancaman neraka dan tidak akan dapat masuk syurga. Oleh itu tanggungjawab, adab serta hubungan persaudaraan hendaklah diamalkan di dalam pelbagai suasana dalam masyarakat di mana kita berada. .

Hadis ke 3. Dari Albara’ bin ‘Azib radhiallhu ‘anhuma dari Nabi s.a..w. Sabdanya.

“Ibu saudara adalah sebagai gantinya ibu”.

a) Ibu saudara adalah persamaan dengan ibu kandung kita. Hubungan ibu saudara adalah rapat dengan seseorang. Hubungan silaturrahim perlu dijaga- sama seperti dari keluarga sendiri atau ahli jiran dan qariah kita.

b) Keakraban sebagai anak dengan ibubapa perlu dijaga supaya tidak sombong atau dianggap derhaka. Kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

Syarat masuk syurga adalah redha ibubapa kepada anak, jika tidak Allah juga

tidak redha dan tidak layak masuk syurga. Begitu juga pentingnya hubungan

adik-beradik jika tidak ada persefahaman akan mennimbulkan perpecahan

dengan sebab pergaduhan seperti merebut harta pesaka dll

Hadis ke 4. Hadis dari ‘Amr bin ‘Abasah r.a. katanya. :” Saya, yakni ‘Amr bin ‘Abasaha- masuk kepada Nabi s.a.w. di Makkah, yakni pada waktu permulaan nubuwat atau diangkatnya sebagai Nabi, lalu saya berkata kepadanya: “ Siapakah Tuan itu?” Beliau menjawab: “Nabi”, Saya bertanya: “Apakah Nabi itu?”. Beliau menjawab.” Saya diutus oleh Allah” Saya bertanya lagi: “:dengan apakah Tuan diutus oleh Allah?” Beliau menjawab: “ Allah mengutus saya dengan perintah mempereratkan ikatan kekeluargaan, mematahkan semua berhala dan supaya Allah itu dimahaesakan, iaitu tidak ada sesuatu apapun yang dipersekutukan denganNya”. Dan ia menyebutkan kelengkapan hadis itu selanjutnya.

Pengajaran daripada hadis ini:

  1. Nabi diutuskan untuk menghubungkan tali persaudaraan. Tidak akan masuk syurga orang memutuskan tali perhubungan.

  1. Nabi juga diutuskan untuk menghancurkan patung2 berhala, kerana di Mekah adalah pusat pusat patung yang terbesar (terdapat 360 berhala)

  1. Nabi juga diutuskan untuk mengesakan Alllah swt dengan tidak mempersekutukanNya.

Pencaramah kuliah maghrib ini menggalakkan supaya majlis ilmu di masjid-masjid dapat diimmarakkan supaya para jemaah dapat menimba ilmu agama untuk memahami tangggungjawab muslim dan supaya dapat dijadikan Islam sebagai cara hidup yang menjadi panduan serta amalan sebagaimana yang dkehendaki oleh Allah dan RasulNya.

No comments: