Antara sebab-sebab kahwin /nikah.
1. Untuk mengembangkan zuriat.
2. Menambahkan kaum kerabat serta mempereratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
3. Menjaga keturunan yang baik hingga anak-anak yang dilahirkan betul-betul sah dari segi
hukum Islam yang dapat dipertanggungjawabkan di dunia akhirat kelak.
4. Kahwin itu adalah sunah Nabi iaitu jalan agama Islam, dengan keramaian umatnya Nabi akan
bermemegah dengannya pada hari qiamat.
5. Melalui perkahwinn seseorang itu berasa tenang jiwanya dan dapat beribadat kepada Allah swt dengna cara yang lebih sempurna.
6. Dengan berkahwin anak akan dapat mendoakan kedua ibubapanya, yang dianggap amal
soleh yang kekal selepas kematianya.
Sabda Nabi saw yang bermaksud, "
Apabila seorang anak Adam (manusia) emninggal duniamaka putuslah segala amalannya melainkan tig aperkara" Iaitu ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya, sedekah jariah (yang mengalir pahalanya) dan anak yang soleh yang suka mendoakan keselamatan orang tuannya.
Firman Allah swt. maksudnya.
" Dari sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah, bahawa telah Ia jadikan jodoh untukmu dari manusia sesamamu, supaya kamu berdiam padanya. dan Ia jadikan antaramu berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda kekuasaan Allah bagi kaum ynag mahu berfikir".
( Suarh An-Rum : Ayat 21)
Apakah Dasar pernikahan yang dituntut oleh Syarak?
1. Perkahwinan itu didasarkan mestilah berdasarkan kepada agama.
2. Perempuan yang dikahwini itu hendaklah orang yang ramai keturunan.
3. Perempuan yang dikahwini itu kalau dapat hendaklah masih perawan.
4. Bakal suami isteri hendaklah orang yang taat kepada Tuhan yang mempunyai asas pendidikan yang kukuh. Sabda Rasulullah saw.
Maksudnya,
" sesungguhnya seorang perempuan dikahwini orang
kerana agamanya harta kekayaan dan kecantikkannya, maka hendaklah
kamu mengutamakan yang beragama."
5. Seseorang yang mampu memberi nafkah hendaklah ia berkahwin, dan perkahwinan akan
menjauhkan sesorang itu dari melakukan zina mata dan zina faraj atau kejahatan yang dikutuk
Allah swt.
6. Hendaklah wanita yang tinggi budi pekertinya, bersopan santun serta berbudi bahasa, berperibadi dengan keperibadian Islam.
7. Rupa paras yang cantik supaya dapat melahirkan suami isteri yang syukur terhadap pengurniaan Allah swt.
8. Ringan Maskahwin , sebagaimana hadis sabda Rasullullah saw, yang bermaksud, " Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat perkahwinannya , cepat pula mengandungnya dan ringan maharnya (maskahwinnya)
9. Dapat beranak, yakni dapat melahirkan anak banyak.
10. Hendaklah wanita itu masih gadis dan bukan janda. Sabda Rasulullah saw, Maksudnya. Riwayat dari Jabir, sesungguhnya nabi saw telah menyatakan kepadanmya: "Hai Jabir, adakah engkau kahwin dengan dara atau janda? Jawab Jabir, "Saya berkahwin dengan jand". Kata Nabi: " Alangkah baiknya jika engkau kahwin dengan dara, engkau dapat menghiburkannya dan dia pun dapat menghiburkan kamu".
11. Hendaklah wanita itu dari keturunan keluarga yang baik iaitu ibubapa dan keluarganya hidup mengamalkan agama Islam dengan baik serta dihormati dalam masyarakat.
12. Wanita itu hendaklah bukan dari keluarga yang sangat dekat hubungannya dari segi keturunan.
No comments:
Post a Comment