Friday, May 16, 2008

Apa Yang Telah Kamu Kerjakan Di Duniamu?

Hari ini Jumaat, 16 Mei 2008 bersamaan 09 Jamadiawal 1429.

Mari kita sama-sama renungkan di pagi hari Jumaat yang barakah ini mengenai hadis di bawah ini yang akan mengingatkan dan merenung kembali, apakah sebenarnya tujuan kita dihidupkan Allah swt di dunia ini dengan segala nikmat yang didiberi dan disediakan oleh Allah swt.....

Maksud hadis, "Sebelum kedua telapak kaki seseorang menetap di hari Kiamat akan ditanyakan tentang empat hal yang lebih dahulu.

"PERTAMA tentang umurnya untuk apakah dihabiskan?

KEDUA tentang masa mudanya untuk apakah dipergunakan?

KETIGA tentang hartanya dari mana ia peroleh dan untuk apakah dibelanjakan dan

KEEMPAT tentang ilmunya apa saja yang amalkan dengan ilmunya itu."

Ruwah Alburar wattabrani an Muaz.

Dari segi umur , Allah lah yang menentukannya. Bila sampai masanya ajal, nyawa akan di cabut dan kita dimatikan dan bermulalah pula alam kubur atau alam barzah dan menghadapi alam akhirat bila sampai hari kiamat. Tanggungjawab kita terhadap Allah akan disoal oleh Allah swt iaitu tentang kewajipan dan amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia yang sementara ini untuk diberikan balasan akhirat yang kekal selama-lamanya. Tempat itu adalah sama ada di Syurga atau Neraka.

Perkara-perkara yang ditanya ialah amalan semasa tempoh mula baligh hingga ke akhir hayat apakah yang kita lakukan. Semasa muda dan semasa hidup seterusnya sejauh mana amal-amal terhadap Allah swt telah dilaksanakan. Begitu juga sifat ingin hidup mewah, kaya, mengikut nafsu itu akan ditanya daripada mana harta itu diperolehi (Cara halal atau haram) dan bagaimana ianya digunakan (samada selaras dengan jalan Allah atau sebaliknya).

Begitu juga dengan ilmu yang diperolehi sejauh manakah ianya di manfaatkan ke jalan Allah swt untuk dipraktikkan supaya mendapat keredhaanNya. (bukan sekadar untuk belajar ilmu kerana selain dari Allah seperti untuk menunjuk-nunjuk kepandaian atau untuk berdebat supaya ia nampak hebat atau dipuji dan disanjung oleh manusia lain. )

FIRMAN ALLAH swt, Surah An-Najm: 39: 42).

Maksudnya, " Dan bahawsanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, dan bahawasanya kepada Tuhan mu lah kesudahan segala sesuatu."

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah untuk kita beribadat memperhambakan diri dan beramal melaksanakan kewajipan kita terhadap Allah swt sebagaimana yang disampaikankan oleh Nabi Muhammad saw, untuk mendapat keredhaan Allah swt dan mendapat balasan syurga Allah.

Amin

No comments: