Sunday, May 11, 2008

Taat Dalam Islam


Sebagaimana diperintahkan Allah swt, "Bertaqawalah kepada Allah dengan sesungguh taqwa" yang memeberi bermaksud bahawa perintahNya wajiblah ditaati, diingati tidak dilalaikan dan hendaklah diterima dengan penuh kesyukuran

Adalah menjadi kewajipan sebagai seorang Islam berusaha untuk memelihara keislaman/imannya dengan mematuhi segala perintah yang difardhukan ke atasnya. Kelalaian menjaga kesucian agamanya akan menyebabkan ianya terdedah kepada perkara-perkara yang merosakkan keimanan serta terkeluar dari landasan Islam yang dibenarkan dan akan mengakibatkan kekufuran dan menanggung dosa-dosa yang akan menjerumuskan ke neraka di akhirat kelak.

Kita hendaklah sentiasa beramal dengan menjunjung segala perintah Allah swt dengan menjauhi segala laranganNya. Sekiranya berlaku kesalahan dalam perbuatan atau amalan yang ditegah agama, kita hendaklah segera bertaubat kepada Allah dengan benar-benar taubat dengan merasa menyesal dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan yang dilarang yang pernah kita lakukan.

Firman Allah yanag bermaksud.

" Janganlah sampai kamu mati melainkann di dalam keadaan Islam yang sebenarnya".

Ini merupakan perintah dari Allah swt supaya kita mati dalam Islam, sebab Islam adalah agama yang diakui sebagai agama yang benar, dan Allah tidak akan menerima agama selain daripada Islam dan hanya Islam agama yang diredhai kepada RasulNya dan hamba-hambaNya yang mukmin.

Firman Allah Taala,

"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah, ialah Agama Islam".
(Ali Imran :19)

"Barangsiapa yang menganut agama selain dari Islam, maka tidaklah akan diterima darinya, dan dia kelak di Hari Hari Akhirat tergolong orang-orang yang dirugikan"
(Ali Imran :85)

Setelah kita berusaha denagan bersunggguh-sungguh mengamalkan ibadat serta suruhan yang diperintakan, kita hendaklah berdoa dan menyerah diri kepada Allah swt. dengan memohon keampunan serta rahamat yang yang hanya Allah sahaja dapat memberikannya

Berdoalah dengan seikhlasnya kepada Allah swt.seperti,

"Ya Allah, Berikanlah kami petunjuk, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai. Kami telah menyerahkan diri kami kepada Mu. Matikanlah kami sebagai orang-orang mukmin serta golongkanlah kami bersama -sama orang-orang salihin" . Amin!!!

No comments: