Sunday, May 11, 2008

Amar Makruf Nahi Mungkar


Amar Makruf (menyuruh berbuat baik) dan Nahi Mungkar(melarang dari berbuat jahat) merupakan sebahagian dari tanggngjawab atau kewajipan fardhu kifayah di kalangan mukmin. Ini merupakan perintah Allah sebagaimana di dalam Al-Quran dan Sunah NabiNya saw.Tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan yang sewajarnya menjadi kewajipan setiap mukmin memainkan peranannya setakat kemampuannya yang dapat dilaksanakan.

Oleh itu amatlah wajar sekali setiap individu tersebut dapat memainkan peranannya sedapat ynag mungkin melaksanakan amanah menyeru kebaikan dan melarang melakukan keburukan ini mengikut kedudukan serta kemampuan masing-masing, agar apa yang dapat disumbangkan akan memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka yang berkenaan. Kedudukan serta peranan yang dapat disumbang tidak disalahguna atau dipersia-siakan sesuai dengan kehendak perintah Allah swt atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.

Tugas amal makruf nahi mungkar ini bukan sahaja perlu dilaksanakan olehgur-guru atau orang -orang dipertanggungjawabkan oleh pihak pemerintah sahaja malahan hendaklah sama-sama dilaksanakan oleh setiap angggota masaarakat Islam seluruhnya.Peranan ini dapat dimainkan diperingkat keluarga, kumpulan, masyarakat dan juga negara secara yang lebih menyeluruh.

Firman Allah Taala,

"Wajiblah ada di antara kamu suatu umat (golongan) yang menyeru manusia kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat. Mereka ituah orang-orang yang berjaya(bahagia)"
(Ali Imran :104)

Sabda Rasulullah saw;
"Siapa yang menyaksikan sesuatu mungkar, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tiada berkuasa, maka dengan lisannya. Jika tiada berkuasa juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian adalah selemah-lemah iman".



'Amar makruf nahi mungkar' asas keharmonian masyarakat
Oleh Mohd Adid Ab Rahman



MASYARAKAT yang baik ialah masyarakat maju, bertamadun, subur dengan suasana aman bahagia, terjalin ikatan mesra dan bersatu padu yang berasaskan akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Tentu sekali masyarakat ini akan sentiasa menerima cucuran rahmat serta perlindungan Allah.

Beginilah masyarakat yang dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah, padahal masyarakatnya terdiri daripada pelbagai rupa bangsa, aliran kepercayaan dan darjat, namun mereka dapat hidup dalam suasana penuh kekeluargaan.

Mengapa masyarakat pada zaman Rasulullah SAW boleh hidup dalam keadaan perpaduan yang utuh dan kukuh serta aman makmur? Bila diteliti helaian sirah Baginda, antara rahsianya ialah kerana Rasulullah SAW serta sahabat dan seluruh anggota masyarakatnya menegakkan amar makruf nahi mungkar (menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar) di tengah-tengah masyarakat.

Masyarakat Islam masa kini seharusnya mencontohi apa yang dipraktikkan Rasulullah SAW pada masa silam dalam membangun masyarakat harmoni yang tinggi nilai akhlaknya serta perpaduan mengagumkan. Dengan ini syiar Islam mampu berada di puncak kegemilangannya dan syariat Islam dengan mudah pula dapat ditegakkan.

Tidak dapat dinafikan lagi, Islam amat menitikberatkan kedamaian dan perpaduan masyarakat serta membenci perbalahan atau perpecahan. Lantaran itu, Islam menghulurkan tanggungjawab kepada setiap anggota masyarakat supaya menghidupkan amar makruf nahi mungkar kerana manfaatnya kepada kehidupan umat Islam yang sejahtera.

Firman Allah yang bermaksud: “Perintahlah orang lain supaya berbuat baik dan laranglah ia daripada berbuat jahat, serta bersabarlah terhadap cubaan yang menimpamu.” (Surah Luqman, ayat 17)

Berdasarkan maksud ayat itu, Allah dengan nada tegas mengarahkan setiap orang Islam supaya menjalankan tugas dakwah dengan penuh keinsafan dan keimanan, walaupun nanti memang tidak dapat lari daripada merempuh segala macam halangan. Ini tentunya memerlukan semangat, pengorbanan dan kesabaran tinggi. Bila tugas dakwah dijalankan seperti sepatutnya, maka akan lahirlah satu umat yang terpuji di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah.” (Surah al-Imran, ayat 110)

Dimaksudkan umat terbaik menurut Abul Khairi Al-Latifi dalam bukunya ‘Keruntuhan Martabat Umat Islam’ ialah, “.... individu-individu dalam umat ini memberi manfaat kepada individu lain”. Maknanya masing-masing saling nasihat-menasihati dan menjalankan amar makruf nahi mungkar ikhlas semata-mata kerana Allah.

Dalam usaha menerapkan nilai murni dalam masyarakat, Islam memberi garis panduan cukup sistematik dan terbaik untuk diteladani. Jika berlaku perbuatan maksiat, maka hendaklah dicegah dan dihalang mengikut ukuran kemampuan masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa di antara kalian melihat perbuatan mungkar, maka cegahlah perbuatan itu dengan tangannya (kekuasaan), apabila ternyata ia tidak mampu maka cegahlah dengan lisan (nasihat atau larangan) dan apabila masih juga tidak mampu, maka hatinya harus mengingkari perbuatan itu, tetapi terakhir ini adalah termasuk orang yang lemah imannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Dr Afif Abdullah Fattah Thabbarah dalam bukunya Dosa Dalam Pandangan Islam menyatakan: “Mendiamkan perbuatan mungkar bererti ikut berdosa, dan dosanya akan dipikul oleh semua anggota masyarakat, kerana berdiam diri bererti merestui perbuatan itu.”

Di samping mencegah, agama Islam juga menunjukkan cara bagaimana sebaik-baiknya manusia menyeru manusia lain (masyarakat/kaumnya) ke jalan yang diredai Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah manusia ke jalan Tuhanmu, dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah (berbincang) dengan mereka secara yang baik.” (Surah an-Nahlu, ayat 125)

Allah menunjukkan tiga cara berdakwah yang perlu sekali dihayati, iaitu menyampaikan dakwah dengan hikmah. Seterusnya memberi nasihat yang baik dan apabila berbincang dengan cara yang terhormat, baik terhadap orang Islam sendiri mahupun bukan Islam

Sesungguhnya masyarakat yang tidak menjalankan amar makruf nahi mungkar sebagai satu kewajipan, maka akan dilaknat Allah. Kisah kaum yang dilaknati Allah banyak diceritakan dalam al-Quran.

Mengikut Imam Ghazali, apabila masyarakat sunyi daripada amar makruf nahi mungkar akan terkeluar daripada kelompok orang mukmin. Mengulas ayat 71, surah at-Taubah, beliau berkata: “Apakah anda belum memahami ayat ini? Ayat itu mengatakan bahawa siapa saja yang tidak mahu menjalankan amar makruf nahi mungkar, bererti ia telah keluar daripada golongan orang beriman. Oleh kerana perbuatan amar makruf nahi mungkar adalah ciri khas dan sifat umat Islam.”

Rasulullah SAW pernah menegaskan yang bermaksud: “Suatu kaum yang melakukan perbuatan maksiat, kemudian mereka tidak mahu mencegahnya padahal mereka mampu bertindak, maka Allah pasti akan menurunkan seksa-Nya kepada mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

1 comment:

abu samah said...

Firman Allah swt,

"Hendaklah ada di antara Engkau semua itu suatu ummat-golongan yang mengajak kepada kebaikan, memerintah dengan kebagusan serta melarang dari kemungkaran, memerintah dengan kebagusan serta melarang dari kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang berbahagia".

-ali-Imran:104)

FIRMAN lagi yang bermaksud. "Adalah engkau sekalian itu sebaik-baik ummat yang dike;luarkan untuk seluuhmanusia, kerana engkau semua memerintah dengna kebaikan dan melarang dari kemungkaan".

(ali-Imran: 110)