Rabu,2 Mei 2010/20 Jamadilakhir 1431.
1. Setiap yang hidup akan mati.
2. Kita hendaklah mengingati mati yang pasti lambat atau cepatnya akan tiba.
3. Mengingati mati bererti kita mengingati adanya alam akhirat selepas kita mati (alam barzah)menuju alam akhirat.
4. Mengingati mati akan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah, dengan tujuan membuat persediaan bekalan almal yang seharusnya bermula sejak umur baligh semasa kita dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab pahala dan dosa.
5. Oleh itu perlulah setiap manusia yang hidup ini tidak mensia-siakan masa hidupnya untuk melaksanan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya.
6. Rebutlah segala kesempatan yang ada semasa hidupnya dengan tidak mengabaikan suruhan Allah swt. Nabi saw bersabda mengenai perkara ini yang bermaksud:
" Rebutlah lima perkara sebelum menjelnag lima perkara:
1. Muda sebelum tua.
2. Sihat sebelum sakit.
3. Kaya sebelum fakir.
4. masa lapang sebelum sibuk dan
5. Hidup sebelum mati."
- (Diriwayatkan oleh Al- Hakim)
No comments:
Post a Comment