Khamis, 17 Jun 2010/4 Rejab 1431.
Selepas berlakunya Hari Qiamat semua makhluk Allah akan dihimpukan di padang mahsyar.
Padang mahsyar ialah tempat perhimpunan sekalian akhluk Allah selepas mereka dibangkitkan dari kubur masing-masing. mereka ini akdn dihisab dan bdiberi keputusan dari amalan mereka semasa di dunia.
Padang ini maha luas sekaiyang dapat menampung seluruh manusia ynag hidup sejak dari terjadinya dunia hingga berlakuknya Hari qiamat. Apabila tiba hari qiamat semua manusia yang berada di alam barzakh dibangunkan dari kubur masing-masing dan menuju ke Padang Mahsyar,tempat pengadilan awam. Mereka dibawa ke sana oleh malaikat dengan kawalan yang ketat. Tujuannya ialah untuk menghadapi suatu pengadilan tuhan di mahkamah yang mempunyai darjat yang tinggi dan adil. Segala rekod dan suratan amalan akan dibentangkan, selepas itu suatu hukuman akan dijatuhkan secara adil.
Kita tidak perlu mengetahui dimanakah terletaknaya padang mahsyar,Kerana ia adalah di antara perkara-perkara ghaib. Daya akal manusia tidak sampai untuk memikirnya.Manusia hanya wajib percaya bahawa padang mahsyar itu tetap ada.Hal ini tidak mengherankan kerana Allah itu berkuasa dalam semua perkara.
Keadaan di padang Mahsyar berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yanh senang dan ad ayang susah. Ada yang suka dan ada ynag menderita- semuanya mengikut ama;lan masiag-maisng se masa di dunia dahlulu.Yang taat kepada Allah mendapat kesenangan dan begitulah sebaliknya.
Mereka merasai terlalu lama menanti hari bermula hisab.Perasaan siksa dan derita ini dirasainya sungguh sengsara sekali megikut tanggungan dosanya.Tidak seorangpun yanag oleh menlong mereka. sabda rasulullah, :"Di Padanag Mahsyar nabnyi ada manusoia ynag matahari d atas kepalanya,dan ynag bersesak-sesak, ada yang bertindih-tindih, ada yang berenag-renang di dalam peluh dan sebagainya'
Sebaliknya bagi orang yang soleh yang sentisa beramal ibadat kepada Allah masa hidup di dunia, mereka memperolehi kesenangan semasa berada di Padang mahsyar. Kadar masa menunggu di sana juga bergantung kepada amalan seseorang, ada yang merasa lama dan ada yang merasakan singkat. Di sini bukanlah tempat penerimaan balasan yang putus tapi sekadar pertengahan jalan menuju ke tempat balasan yang sebenar yang muktamad iaitu balasan syurga atau neraka.
No comments:
Post a Comment