Monday, June 14, 2010

Tanggapan salah tentang kurniaan Allah

Isnin 14 Jun 2010/ 1 Rejab, 1431

1. Ramai diantara kita yang mempunyai tanggapan yang salah mengenai kurniaan Allah swt dengan memahami bahawa nikmat seperti kemewahan hidup atau harta benda itu menandakan kesayangan Allah kepadanya. Dengan kurniaan seperti kemewahan, kekayaan dan kesenagan hidup itu menandakan Allah telah mengasihaninya atau memberikan kasih sayangNya kepadanya.

2. Apabila direnungi kembali tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali.Sepatutnyalah seorang itu tidak mengatakan kemewahan nikmat dunia itu sebagai bukti kasihnya Allah klepadanya. Sebenarnya kemewahan yang deberikan Allah kepada seseorang itu tidak bermakna Allah memuliakannya; dan kesempitan hidup ynag diberikann kepadanya tidaklah bererti bahawa Allah menghinakannnya. Ketahuilah bahawa Kemuliaaan yang sebenar-benarnya ialah taufik dan hidayah yang diberikan Allah kepada seseoang untuk beriman dan beramal soleh. Demikian pula kehinaan yang sebenar-benarnya ialah ketiadaan mendapat taufuk dan hidayah untuk mencapai perkara-perkara tersebut.

3.Di dalam surah Al fajr ayat 15-17.

"(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat) oleh sebab itu maka kebanyakan manusia apabila diuji oeh Tuhannyya dengnha dimulikan dan dimewahhkan hidupnya (ia tidak hendak bersyukur tetapi terus besikap takbur) serta bekata dengan sombongnya, " Tuhanku telah memuliakan daku".

Dan sebaliiknya apabila diuji oleh Tuhannya dengna desempitkan reezekikanya ( ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) seta merepek dengan katanya. " Tuhanku telah menghinakan daku".

Jangan demikan (sebenrnya kata-kata kamu itu salah) , bahkan (pebuatan kamu wahai orang-oang yang berkemewahan lebih salah lagi, ) kerana kamu tidak memuliakan anak yatim ( kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya).

----------------------------------------------------------------------------------

Catatan: Blog ini tegendala kerana penulis bearada di luara ddaerah, sempenaa dengan perkahwinan anak saudarnya Mohd Rashadi Mohd Rashid yang melangsungkan perkawinan di Kota Baharu pada 12 Jun 2010 di Masjid Muhammadi 1, Kota Baru dan di Majlis Pekahwinan di Condiminium Pelangi Kota Baru. Pada 13 Jun , dalam perjalanan pulang melalui Gua Musang, memnghadiri kenduri di Raub, anak kepada rakan baiknya Hj Idrus bin Ibrahim.

Pada 11 Jun sempat bejumpa dengan kawan lama Haji Muhammad bin Wahab dan Haji Shariff Mahat di ,Durian Burong, Kuala teengganu dan Ustaz Wan Abd Salam Wan Hasan di Jerteh, Besut, Terengganu, dan anak saudara Mohd Azhar bin Yusof, dan Hj Farid Nordin bin Ibrahim di Pengkalan Kubor, Kota Baru. Alhamdulillah dapat mengeratkan silaturrahi, setelah lama tidak berjumpa. ( 30 tahun lebih......)

No comments: