Selasa, 15 Jun 2010/2 Rejab, 1431
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a. daripada Rasulullah saw, bahawa baginda besabda:
" Betaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan begaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik"
- (Hadis riwayat al-Imam al-Tirmizi)
Khasiat madu lebah,
Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah swt, di dalam surah An Nahli ayat 68-69 sebagai " shiffa'" atau penyembuh kepada manusia.
Firman Allah yang terjemahannya.
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah, " Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-gunung, dan pada pkok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunhga-bungaan dan buahan-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keuarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar (penyembh) bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) Sesngguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi norang-orang yang mahu berfikir".
- "Surah: An Nahli:68-69)
1. Yang dimaksudkan di atas ialah madu lebah asli dar makanan yang hidup bebas dari bahan yang tidak tercemar.
2. Madu menjadi bahan perubatan bagi mencegah penyakit , penawar penyembuh atau untuk mengembalikan tenaga badab dengan cara yang segera.
3.Al-Imam Bukhari telah meriwayatkan dariada Abi Sa'id seperti berikut:
Maksudnya"Darpadac Abi Sa'id bahaw aseorang lelaki telah datang keada nabi saw seraya berkata: Saudar saya mengadu sajit peru. Bersabda baginda: Beriah dia inum madu. Kemudian dia datang lagi kali kedua. Bersabda Baginda: Berilah dia minum madu.Kemudian datang lagi dia( kali ketiga) seraya berkata: Saya telah pun melakukannya (tapi tidak juga baik). Lalu Nabi saw bresabda: Telah benar (Firman) Allah dan berbohong perut saudarmu. Berilah dia minum madu. Lantas diberinya lagi minum madu, maka dia pun sembuh".
4. Ibnu Majah pula meriwayatkan:
Maksudnya, " Daripada Abi Al-Ahwas daripada 'Abdullah dia berkata: Sabda Rasulullah saw" Ambillah olehmu dengan dua penyembuh, madu dan al-Quran"
5. Di anatra penyakit yang dikatakan baik dari madu ialah: Penyakit yang ada kaitan dengan sakit perut, ma'idah, hati, mulut, saluran pernafasan,penyakit kulit, membuang keluar batu dari saluran kencing dll.
6. Caranya ialah dengan meminum madu bercampur dengan minyak zaitun dan air limau nipis dengan nisbah yang sama banyak. Minumu, 3 kali sehari sebanyak satu sudu besar setiap kali minum, Insya allah akan sembuh.
No comments:
Post a Comment