Isnin, 31 Mei 2010/18 jamadilakhir 1431
Di dalam perkahwinan apabila terdiri rumah-tangga, pasangan suami isteri tentulah mngidamkan kebagahagiaan yang diharapkan ,. sebagaiman ynag di cita-citakan masa sebelum dalam suasan runahtangga sebenar. Dengan belandaskan ajaran seta kehendak Islam ynag sama-sam dihayati oleh kedua seuami isteri, akan terjelmalah kebahagiaan rumahtangga, antarnya seperti ciri-ciri berikut:
1. Dipenuhi dengan aktiviti berbentuk ibadat seberapa yang banyak mungkin.
Melaksanaka ibadat solat, zikir, membaca al Quran dan seumpamanya.
2. Rumahtangga yang mawaddah (kasih sayang)
Menghamalkan kasih sayang di kalangan ahli keluarga, tolong menolong, belas kasihan dengan rasa penuh keikhlasan dan hubungan antara keluarga.
3. Ikhlas.
setiap pekerjaan yang dulakukan secara niat 'kerana Allah", dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah swt.
4. Mendapat rahmat.
Amal perbuatn didasaarkan keapada mendapat rahmat Allah swt, serta keredhaanNya.Rahmat dan berkat ialah kebahagiaan yang dapat dinikmati oleh setipa anggota keluarga.
5. Sakinah (ketenangan)
Merasakan kemanisan dan kenikmatan rumahtangga. Kepuasan itu melahirkan ketenangan jiwa.
6. Mendapatkan zuriat.
Melalui perkahwinan akan dapat menyambung zuriat keluarga masa akan datang.Merasa ketenagan dengan adanya kelahiran anak-anak yang dapat dididik dan menjadikan anakyang soleh serta memberikan balasan ganjaran atas kebaijkan solah serta doa daipada anaknya.
7. Ekonomi Yang Kukuh.
Setiap keluarga akan berusaha mendapatkan pendapatan dan ekonomi yang kukuh untuk menyara ahli keluaraga dan demi masa depan anak-anak..
8. Hiasan.
Persekitaran yang bersih dan indah akan dapat mengekalkan rasa kebahagiaan dalam keluaraga dan selesa tinggal dalam rumah bersama keluarga tersayang.
9. Persekitaran rumah teratur.
Keadaan rumah yang teratur dan terjaga rapi akan menjamin kebahagiaan rumah tangga yang dapat dinikmati kenyamanan, ketenangan serta keindahan.
10 Makan minum yang sempurna.
Makanan yang didapati menjamin kesihatan serta kesejahteraan tubuh badan.
No comments:
Post a Comment