Wednesday, June 16, 2010

Ujuan Allah terhadap manusia

Rabu 16 Jun 2010/ 3 Rejab 1431

Allah swt memberikan ujian kepda manusia dalam berbagai-bagi bentuk. Ujian tersebut ada yang berbentuk peribadi atau ditujukan kepada semua. Ujian peribadi hanya diberikan kepada seseorang dan ia sahajalah yang merasai akibat ujian tersebut, seperti mana kematian, kemalangan dan seumpamanya.Sebaliknya ujian bersama melibatkan orang lain secara umum atau menyeluruh seumpama banjir, gempa bumi dan sebagainya.


Allah swt mengenakan ujian atau bala kepada orang yang beriman, adalah sebagi rahmat. Dengan ujian tersebut sesorang itu akan dapat menginsafi dan bertaubat kepada Allah swt, untuk mendapat kemapunan dari dosa yang telah dilakukan selama ini. Sekiranya seorang itu tidak berdosa, ia akan dapat bermuhasabah diri dengan kejadian atau ujuan yang diterima bagi meningkatkan darjat keimanan sesorang itu di sisi Allah swt. Seseorang itu akan dapat apabila menerima ujian ini menyedari akan dirinya sebagai hamaba ciptaan Allah yang serba kekurangan dan lemah. Ia akan menerima hakikat hanya Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Besar yang mentadbir alam ini.

Bagi orang yang tidak beriman atau kafir ia akan merasakan ujian Allah itu sangat berta yang berupa sebagai hukuman kerana tidak beriman dan derhaka kepada Alah swt.Oleh itu bala yang diterima akan menyebabkan mereka keloh kesah dan menderita.

Sebagai orang yang beriman kita perlu bersabar menghadapi dugaan atau ujian ini dengan meninsafi dan banyak bertaubat supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan akan memberi hidayah untuk kita mempertingkatklan lagi keiman dan ketaqwaan kita kepada Allah swt.

No comments: