Sunday, June 20, 2010

Solat Tahajjud

Ahad, 20 Jun 2010/7 Rejab 1431

(atatan: Pada 19 Jun 2010, Majlis menyambut menanatu Hjh. Habesah Mohd Amin, sempena perkahwinan anak beliau Mohd Rasyadi bin Mohd Rashid telah diadakan di Kg durian Tikus, Lebak, Temerloh, Pahang. Majlis jamuan telah dijayakan dengan caa gotong royong yang tedii dari Ahli JKKK Kg Tanjung Belengu serta kamum ibu yang tinggal berhampian. Semua kemudahan seperti kemah, kerusi meja, alat masak yang lain dipinjam/disewa dai JKKK Kg Tanjung Belenggu ynag dippenegeusiakn oleh Haji Abu Bakar bain Yaakob, selaku Ktua kg/TOIk Empat kg. Tanjung Belenggu). Diucapakan setinggi-tinggi terima kasih kepada semuja AJK dan ahli serta penyumbang bagi menjayakan majlis pada hari tersebut dari pihak tuan rumah Hjh Habesah bt Mohd Amin serta ahli keluarga )

Solat tahajjud ialah solat malam dan hukumnya sunat. Solat ini didirikan sesudah lewat tengah malam dan sebaiknya tidur terlebih dahulu sebelum bangun untuk solat.Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Bilangan rakaatnya sebelas rakaat; yakni 8 rakaat + 3 rakaat sunnat witir.

* Tahajjud dapat dikerjakan 2x4 rakaat, yaitu setiap 4 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan witir 3 rakaat 1 salam.
* Atau dengan cara 4x2 rakaat, yaitu setiap 2 rakaat 1 salam, lalu ditambah dengan 3 rakaat witir 1 kali salam.

Ayat-ayat yang dibaca sesudah Al Fatihah boleh dipilih sendiri. Biasanya ayat-ayat yang dipahami maknanya akan lebih berkesan dan mudah dihafal. Bagi yang belum hafal, dapat membaca pada rakaat pertama surat Al Ashar serta Al Kautsar; atau ayat-ayat pendek lainnya.

Melalui solat malam, seseorang dapat meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t.:

"Dan pada sebagian malam tahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji". (Al Isra : 79).



Solat tahajjud ini mendekatkan diri kepada Allah swt, kecualai rukun dan syaatnya harus di patuhi, maka zikir dan doa lainnya dapat dibawa dan dibaca sesuai dengan mantapnya hati.


Di antara fadhilat solat tahajjuad ialah :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.

3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud



Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Selepas salam berdoalah denagn doa:

"Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerjaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah hak, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu adalah hak, dan nabi Muhammad saw, adalah hak, dan saat hari kiamat itu adalah hak, ya Allah, kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD

ALLAH S.W.T. mengurniakan pelbagai keutamaan yang besar bagi mereka yang melaksanakan solat Tahajjud. Antara lainnya ialah:

* Mereka yang mengerjakan ibadah pada malam hari akan dikurniakan kedudukan yang terpuji lagi mulia di sisi ALLAH S.W.T. di hari akhirat kelak yakni dengan menjadi ahlul jannah (ahli syurga).

Ini sebagaimana Firman-Nya:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga TUHANmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. – al-Israa’ (17) : 79

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)”. – al-Dzaariyaat (51) : 15-18

Di dalam syurga juga terdapat bilik yang khusus bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat dari dalam. Kami bertanya: “Untuk siapa (kamar-kamar itu) Ya Rasulullah.” Sabda baginda: “Kamar-kamar itu ALLAH sediakan untuk orang yang memberi makan, melembutkan perkataan, mengiringi puasa ramadan, menebarkan salam, dan asyik solat malam di saat manusia lain terlelap tidur.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab al-Bir wa al-Shalah, hadis no: 1907.

* Mendirikan solat Tahajjud dapat membentuk keperibadian mulia seperti tawadhu’ (merendah diri), bertaqwa, menghindari sikap sombong dan pemurah dengan sedekah jariah.

“Dan hamba-hamba (ALLAH) al-Rahman (yang diredhai-NYA) , ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; dan mereka (yang diredhai ALLAH itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada TUHAN mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri”. – al-Furqaan (25) : 63-64

“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji TUHAN mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada TUHAN mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-NYA) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-NYA) ; dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang KAMI beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan”. – al-Sajda (32) : 15-17

* Darjat mereka yang mengerjakan solat Tahajjud ini adalah lebih tinggi dari mereka yang tidak mengerjakannya di sisi ALLAH S.W.T..

“Adakah orang yang berbakti kepada ALLAH pada waktu malam, bersujud serta berdiri dan takut pada siksa hari akhirat dan mengharap rahmat TUHANnya itu akan sama dengan orang yang tidak sedemikian. “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. – al-Zumar (39) : 9

* Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH S.W.T., menutup kesalahan kita yang lalu serta menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang sholeh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada TUHAN kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa”. – Hadis riwayat Imam al-Tirimidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi, Kitab al-Da’waat, hadis no: 3472.

Demikianlah beberapa keutamaan yang dapat diperolehi bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Jelaslah bagi kita bahawa bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud, mereka akan mendapat limpah kurnia dari ALLAH S.W.T. yang tidak ada tolok bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan ibadah yang mulia ini, mereka mengalami kerugian yang amat besar.

KESIMPULAN


1. Ibadah ini hanya sunat sahaja iaitu sunat muakkad.

Memang benar solat Tahajjud ini hanyalah solat sunat tetapi ianya adalah solat sunat mu’akkad (yang di tuntut). Sekiranya junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. begitu bersungguh-sungguh memastikan ibadah ini dilaksanakan sehingga bengkak-bengkak kakinya kenapa kamu masih berat hati untuk melakukannya. Apatah lagi solat Tahajjud ini merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardhu.

2. Besedia dengan tidur awal syupaya dapat banguan malam

Mereka yang sukar untuk bangun dari tidur untuk mengerjakan solat Tahajjud supaya tidur lebih awal iaitu setelah mengerjakan solat Isyak. Hal ini telah sabit dari baginda s.a.w. sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Barzah r.a:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. tidak suka tidur sebelum Isyak dan berbincang-bincang setelah solat Isyak”. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab Mawaqit al-Shalah, hadis no: 568.

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar r.h:

“Hikmah larangan tersebut (berbincang- bincang setelah solat Isyak) adalah supaya tidak menyebabkan tertinggalnya solat malam atau terlalu asyik bersembang sehingga tidurnya terlalu lena dan terlepas waktu solat subuh”. – Rujuk kitab Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari jilid 3, ms. 412



3. Bilangan rakaat solat Tahajjud boleh jadi 12 rakaat atat minima dua rakaat.

Solat Tahajjud ini tidak memiliki jumlah yang maksimum untuk dilaksanakan. Malah memadai sekiranya dilakukan walaupun dengan hanya satu rakaat solat witir atau dua rakaat solat Tahajjud. Adakah solat seringkas ini juga tidak mampu untuk dilakukan?

4. Boleh membaca apa-apa atau mana-mana surah yang dapat di baca semasa solat.

Sebenarnya tidak ada surah-surah tertentu yang perlu dibacakan dalam perlaksanaan solat Tahajjud ini. Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi anda. Sekiranya anda hanya menghafal surah al-Kauthar (surah ke 108 yang merupakan surah terpendek dalam al-Qur’an) maka bacalah surah al-Kauthar itu di setiap rakaat. Walaupun begitu anda hendaklah berusaha untuk menghafal surah-surah lain untuk dibacakan pada masa hadapan.

Adalah diharapkan solat vtahajud ini dapat didirikan dengan melatih diri dari awal atau muda lagisupaya kita tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh ALLAH S.W.T.

Solat Sunnat Tahajjud dan Witir
Solat Tahajjud ialah solat malam, atau biasa disebut Shalatul Lail. Waktunya lewat tengah malam, dan sebaiknya dikerjakan setelah tidur terlebih dahulu.

Solat Witir

Witir artinya ganjil. Dinamakan Solat Witir, kerana bilangan rakaatnya yang selalu ganjil; yaitu boleh 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Boleh dikerjakan dua-dua, terakhir 3 rakaat 1 tahiyyat 1 salam.

Solat witir dilakukan setelah solat Isya hingga menjelang fajar (shubuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih; ia layaknya sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh. Misalnya seseorang yang memperkirakan peribadinya tak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka ia dapat mengerjakan solat witir langsung sesudah mengerjakan solat Isya. Pada setiap rakaat solat witir, selain membaca Al Fatihah kita dapat pula memilih beberapa ayat atau salah satu dari Al Quran.

Solat Tarawih

Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan ialah solat Tahajjud atau shalatul lail yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya. Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah dari Al Quran . Bilangan rakaat shalat Tarawih sesuai sunnah Rasulullah s a.w. ialah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat solat Witir. Sementara Umar bin Khatab r.a. mengerjakannya 20 rakaat dengan ditambah witir 3 rakaat. Solat tarawih termasuk sunnah muakkad, boleh dikerjakan dengan berjamaah boleh juga sendiri.

Menurut pendapat Al Ghazali, dalam bukunya "Rahasia-rahasia Shalat", walaupun dapat dikerjalan sendiri tanpa berjamaah, solat Tarawih yang dilakukan secara berjama'ah lebih afdhal, sama seperti pendapat Umar r.a., mengingat bahawa sebagian solat nawafil telah disyariatkan dalam jama'ah, maka yang ini pun pantas dimasukkan ke dalam kelompok tersebut. Sedangkan alasan kekhawatiran timbulnya riya bila berjamaah, atau pun kemalasan bila sendirian, sudah jelas menyimpnag dari tujuan keutamaan berkumpul dalam suatu jama'ah. Barangkali, orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas, dan bahawa kemalasan (bila sendirian) lebih baik daripada riya (jika solat jamaah). Demikian menurut Al Gazhali.

Cara Mengerjakan

2x4 rakaat + Witir, yaitu setiap 4 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.

4x2 rakaat + 3 rakaat witir, yaitu setiap 2 rakaat 1 kali salam, ditambah dengan witir 3 rakaat 1 kali salam.

Waktu solat Tarawih ialah sejak selesai solat Isya hingga terbit fajar

No comments: