Isnin, 21 Jun 2010/8 Rejab 1431
Bulan Rejab telah belalu 8 hari.
Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan yang mulia dalam bulan Islam..
Di dalam bulan Rejab juga berlakunya peristiwa Israk dan Mikaj.
Oleh itu banyaklah kelebihan yang tekandung di dalamnya. Rasulullah saw telah menggariskan bebeapa amalan utama di bulan Rejab ini sesuai dengan kelebihan yang dapat kita perolehi.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
" Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan mohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan-perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu bulan Rejab."
1. Kita disunatkan bertaubat di bulan Rejab ini dari segala dosa. Di antara lafaz taubat ialah:
" Aku bermohon kemapunan Allah Yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan akau betaubat kepadaNYa"
2. Dalam lafaz yang lian pula yang bermaksud:
" Aku memohon keampunan Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang bediri sendii dan aku betaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, yang tiada menguasai akan dirinya dan tiada dapat membuat, menolak mudarat dan manfaat dan tidak dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan"
3. Setelah kita bertaubat maka perbanyakknalah do'a ke hadrat Allah swt.. Di antara do'a yang utama di bulan rejab ialah seperti beikut:
" Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"
No comments:
Post a Comment