Rabu, 23 Jun 2010/10 Rejab 1431
Kita digalakkan bermusafir menuntut ilmu, mencari rezeki, mengeratkan silaturrahim, menambah pengetahun serta pengetahuan, melihat kebesarn Allah dan lain-lain tujuan asalkan niat kita baik dan melakukannya kerana Allah swt.
Meninggalkan tempat menetap seperti kampung halaman untuk keluar ke temapat lain adalah merupakaa n istirahat kita di dalam hidup. Kita akan merasakan nikmat hidup setelah kita bekerja kerasa atau menetap di rumah tanpa memikirkan perkara yang asing dari biasa. Dengna bermusafir kita akan melihat tempat pemandangan yang baru dan akan patat ilham dan akan mendapat kedudukan yang mulia di tempat ynag baru pula.
Hidup ini juga sebagai musafiir. Kita akan meninggalkan dunia ini menemui Allah swt. Dan sekiranya kita meninggalkan kampoung , jika dikehendaki Allah kita akan kembali ke kampung asal jika dipanjangkan umur dan bercita-cita unhtuk balik ke temapt asal kita.
Tujuan bermusafir antaranya ialah:
1. Menghilangkan kesedihan
2. membina penghidupan baru
3. memperolehilmu
4. menguatkan jiwa
5. Dapat bergaul berkenalan dengan ramai manusia dariapada pelbagi pengalaman dan latarbelakang.
Semasa bermusafir jauhkan perkara yang mendatangkan maksiat dan sia-sia.
Bertawakkallah kepada Allah untuk memberikan hidayah serta memudahkan untuk meneruskan kehidupan dan supaya dapat bertaqwa kepada Allah swt.
Semasa hendak keluar bermusafir solat sunat musafir dan berdoalah untuk dimudahkan perjalanan dan diselamatkan ahli keluarga harta benda yang ditinggalkan.
Menurut hadis Nabi saw, mengerjakan solat musafir2 rakaat, bertujuan gara terhindar dari keburukan dlam perjalannanya. Waktunya apabila hendak berangkat memulakan perjalanan.
Doa selepas adalah" Ya allah, dengan pertolongan engaku, aku melawan musuh, dengan pertolongan Engkau aku menjelajah dan dengan pertolongan Engkau akau berjanlan:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perjalanan yang Engkau redhai, Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana ynag jauh, Ya Allah Engkaulah rakan sebenar dalam perjalanan dan pengganti yang sebenar kepada keluarga;
Ya allah sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kesusahan dalam peerjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak-pinak. Segala yang kemabali, segala orang yang bertaubat dan segala orang yang beribadat; kepada Tuhan kami mereka memuji".
Bacalah doa menaiki kenderaan,
" Dengan nama Allah, segala pujiian bagi Allah; Maha Suci Allah yang mempermudahkan ini untuk kami; pada hal kami tidak ada kesanggipan untuk menundukkannya dan bahawasanya kami pasti kembali kepada tuhan kami".
Setibanya di tempat solat sunat qudum:
Doanya;
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, yang tidak dapat dilampaui oleh yang baik mahupun orang yang jahat dengan segala kejahatannya. Ya Allah berilah kami kebaikan di tempat ini dan kebaikan yang ada di dalamnya dan selamatkan kami daripada keburukannya. Wahai Tuhan ku t di surunkanlak kami di sini dengan keberkatan. Engkaaulah sebaik-baik yang menurunkan".
Selamat Bermusafir/melancung.
No comments:
Post a Comment