Tuesday, April 12, 2011

Asas ahli keluarga yang soleh.

Selasa 12 April 2011/9 Jamadil awal 2011.

1. Ibu bapa merupakan pengasas pendikan anak-anak yang akan menjamin pembentukan anak-anak yang soleh. Suasana persekitaran serta asuhan ibubapa di rumah akan menjadikan anak-anak mengamalkan ajaran serta asuhan yang disampaikan secara informal dengan cara ynag berkesan dan mudah dipatuhi. Tanpa asas didikan agama yang di rumah seorang anak itu akan mudah menerima pengaruh yang tidak baik dari persekitaran rumah dan hasil pergaulan mereka.

Oleh itu, dari peringkat awal pembinaan rumah-tangga lagi, Islam telah mendidik umat supaya dapat menjauhkan dari kesan yang tidak baik.

Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi, ayat 13:

Maksudnya : “Sesungguhnya mereka itu adalah anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah”.

2. Perkahwinan merupaka asas pembinaan rumah- tangga yang akan mencorakkan zuriat keluarga yang berkenaan. Pasangan yang ingin berkahwin itu dikehendakki supaya membuat pilihan berlandaskan Islam dan tidak mengutamakan hawa nafsu yang merosakkan keluarganya selepas berkahwin.


Sabda Rasulululllah s.a.w.;

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat”.

-(HR Imam Bukhari)

3. Ibu bapa juga diingatkan supaya menentukan bakal anak menantunya mempunyai latar-belakang didikan agama serta akhlak yang sempurna suapaya agamanya dapat memandu ke arah kehidupan berkeluarga yang diredhai Allah swt. Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan asuhan Islam,seperti mengajar perkara fardhu 'ain, seperti yang berkaitan dengan tauhid atau ilmu mengenal Allah SWT mengajar mereka sifat dan sikap yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan ilmu fardhu ain yang diperlukan. Jika tidak mampu anak tersebut hendaklah dihantar ke sekolah didikan agama yang dapat menyampaikan fardhu 'ain kepada anak-anak tersebut.


Firman Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman!, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat malaikat yang keras kasar (layanannya). Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.

Sebagai huraiannya , Allah SWT mengingatkan kita supaya kita berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka, dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan,berpakaian dan melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang.
Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan dan mengawsi pergerakan serta tingkah-laku mereka supay mereka tidak terjebak dengan pengaruh yang menyesatkan atau terkeluar dari amalan Islam. Mereka hendaklah melaksana kewajipan masing-masing dan tidak melakukan perkara-perkara yang bertentnagn dengan ajaran agama Islam.

4. Sebagai amalan harian, kita hendaklah memastikan anak-anak dilaltih dengan mendirikan solat sejak kecil lagi .Dengan melakukaa solat lima kali sehari semalam, anak-anak tersebut akan sentiasa dingati supaya melakukan perkara-peraka yang baik lagi dituntut dan menjauhkan perkara yang maksiat yang bercanggah dengan Islam.


5. Anak-anak adalah merupakan harta dan amanah yang dikurniakan oleh Allah, SWT kepada kita untuk ditunaikan tanggungjawabnya menjadi hamba Allah yang soleh dengan berbuat baik dan menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa. Allah menjanjikan anak yang soleh merupakan ganjaran yang terbaik yang akan memberi manfaat walaupun selepas kita meninggalkan dunia ini.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”.

- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Oleh itu sama-samalah kita membina rumah- tangga yang bahagia berlandaskan ajaran agama Islam yang telah pun menetapkan asas-asas panduan yang perlu diamalkan bagi mencapai kesejahhteraan hidup kita di dunia dan di akhirat.

Sebaigamiman firman Allah swt, yang bermaksud,

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami!, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa”..

- (Al-Furqan:74).

Wallahu a'lam.

No comments: