1. Membaca Al Quran itu ialah salah satu zikirullah yang terbaik yang sangat dituntut. Kita sangat digalakkan membiasakan Al Quran setiap masa atau setiap hari selain zikir-zikir seperti "Laaiila haillaalah, Subhana Allah, alhamdulillah, Allahu Akbar " dll.
2. Cara yang paling mudah melatih diri mengamalkan bacaan quran ini ialah dengan membacanya selepas setiap kali solat fardhu. Naskhah Quran itu hendaklah diletakkan atau disimpman berhmpiran dengan tempat kita bersolat di bilik kita dan sebaik sahaja selesai solat, ambillah ia dan membacanya.
Dengan kita membaca 2 muka surat sehari dari mula secara berterusan kita akan berjaya membaca skurang-kurangnya 10 muka surat sehari semalam. Jika kita amalkan kaedah membaca inisecara berterusan ini setiap hari maka kita akan boleh khatam/tamat membaca Al-quran dalam masa 60 jari atau (2 bulan).
(Jumlah muka surat al Quran 604 muka surat.
Setiap lepas solat baca 2 muka surat x 5kali = 10 muka surat.
Jika Kita membaca 10 muka surat sehara kita mengambil masa
membaca 604/10 = 60 hari untuk khatam Al-quran)
Perlu diingatkan sekiranya kita rajin dan suka membaca al Quran dengan membaca lebih banyak muka surat di masa lapang Insya Allah kita boleh khatam membaca dalam masa 1 bulan atau lebih awal bergantung kepada kekerapan dan banyak miuka surat yang kita baca.Cuba lapangkan waktu-waktui lain seperti sebelah petang dan malam dengan memabaca lebih banyak Al-Quran)
Jika kita mempunyai anak, ajaklah dan latihlah mereka dengan membaca dari sejak kecil dan latih juga menghafal ayat-ayat lazim atau ayat penting yang akan memudahkan mereka membaca dan menghafal lebih banyak ayat al Quran apabila mereka dewasa nanti.
Huraian:
1. Apabila membaca al Quran hendaklah kita membaca dengan teliti dengan melafazkannya dengan bertajwid, iaitu betul sebutan kalimah, lafaz makhrajnya, dan bacaannya sebagimana yang dikehendaki semasa Jibril 'Alaihis-Salam mengajar Nabi Muhammad saw membaca dan menghafaznya. Kaedah ini perlulah kita berguru dengan guru yang mahir secara talaqqi dan Mushafahah /dengar vdan meperdengarkan (Keterangan: iaitu mengambil Al-Quran (bacaannya) dengan cara berguru, dan disyaratkan guru itu mestilah mempunyai sanad yang sah dan bersambung hingga kepada Nabi Muhammad (s.a.w.)
2. Dari Ibnu Umar ra, bahawasanya rasulullah saw bersabda:
"Hanyasanya perumpamaan orang yang menghafal Al Quran. di luar kepala, adalah sebagaimana perumpamaan seekor unta yang diikat. Jika ia terus langsung mengikatnya, dapatlah ia menahannya- tidak sampai lepas dari lari- dan jikalau ia terus melepaskannya, maka itupun pergilah"
- (Muttafaq 'alaih)
3. Marilah kita bersama-sama menjadikan amalan membaca Al Quran ini sebagai ibadat setipa hari disamping kita belajar memahani isi kandungan nya seperti membava terjemahan serta tafsiranay sebngaimanada ynag terdapat dpalam banyak bukubuku yang berkaitan dengannya. Dengan membacanya Insya Allah hati dan jiwa kita sentiasa tenang semasa di dunia dan juga di akhirat dan diberikany hidauah kepada kita semua..
No comments:
Post a Comment