Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Maal Hijrah 1432H

Selasa, 7 Disember 2010/1 Muharam 1432

Hari Ini 1 Muharam 1432 kita menyambut ulangtahun Maal Hijrah di malaysia dan hari ini merupakan Cuti awam.

Selamat menyambut Ulangtahun Maal Hijrah 1432 H kepada semua kenalan fb, jauh dan dekat semepena memperingati peristiwa bersejarah Hijrah Nabi saw dari Madinah Ke Makah serta bermulanya era kejayaan Islam, menubuhkan pemerintahan Islam dan seterusnya syarait islam yang menjadi iktibar untuk kita melaksanakan ketaatan..., mempertahankan agama serta berjihad ke jalan Allah swt.

Dalam titahnya, baginda memberi contoh penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah yang akhirnya memberi satu dimensi baru dalam penyusunan peradaban manusia berlandaskan nilai-nilai yang diredai.

''Nyatalah, peristiwa hijrah telah mencetuskan satu perubahan penting kepada umat Islam. Peristiwa hijrah merakamkan berlakunya transformasi.

Petikan ucapan DYMM Sultan Perak di Majlis Sambutan Maal Hijrah di Perak, 'Hijrah adalah titik peralihan membolehkan umat Islam membuktikan kejayaan merealisasikan prinsip-prinsip utama Islam sehingga ummah berjaya membina tamadun agung serta mencipta sejarah besar," titah baginda.

Maka itu, titah baginda, sambutan Maal Hijrah hendaklah dipenuhi dengan peringatan agar ummah dapat bermuhasabah diri untuk tidak mengulangi setiap kesilapan sebaliknya bertawaduk dan mencari keredaan Allah.


Di majlis Sambutan di Pusat Convention Center di adakan Majlis Sambutan maal Hkrah peringkat kebangsaan ynag dihadiri oleh DYMM Yang Dipertuan agung. Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz 63, yang merupakan toloh Maal Hijrah wanita pertama selepas tahun dianjurkan, hari ini dipilih sebagai penerima tokoh Maal Hijrah 1432H sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan.


Wang tunai berjimlah RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan disampaikan kepada beliau dalam Majlis Sambutan Maal Hjrah Di Putra Jaya hari ini.


Kata beliau “Saya sangat berterima kasih dan ini juga sebagai dorongan dan inspirasi untuk saya terus berusaha,” kata pemegang Sarjana dan ijazah kedoktoran Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa dari University of Pennsylvania itu.

Beliau turut menerima pengiktirafan dari luar apabila dipilih menganggotai Suruhanjaya Pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencadangkan hala tuju sistem kewangan dunia serta mempengerusikan jawatankuasa kerja usahasama serantau bagi merangka pelan induk kerjasama kewangan antara bank-bank pusat.

Di bawah pimpinan Zeti sistem kewangan Islam kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif.

Antara kejayaan Zeti dalam tempoh sedekad ialah menjadikan Malaysia sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, peningkatan aset perbankan Islam sebanyak tiga kali ganda kepada 21 peratus serta lebih 100 institusi kewangan Islam domestik dan antarabangsa kini beroperasi di Malaysia.

Di peringkat antarabangsa Zeti turut menyumbang kepada penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan antarabangsa dalam penyediaan laporan “Financial Stability and Islamic Finance” dan mempengerusikan penubuhan Islamic Financial Services Board, sebuah agensi antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi kewangan islam seluruh dunia.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Zeti dianggap tokoh yang paling layak untuk menerima anugerah tersebut berdasarkan sumbangan besar beliau dalam pembangunan sistem kewangan dan kemajuan ekonomi negara, termasuk sistem kewangan Islam.

Beliau berkata ini terutama di zaman kemelesetan ekonomi, di mana selain pemimpin negara, Zeti merupakan antara mereka yang memberikan idea dan sumbangan dalam memulihkan kembali ekonomi negara.

“Kita berbangga dengan apa yang telah disumbangkan dan negara turut merasa gembira dengan penganugerahan ini dan saya juga mengharapkan kalangan wanita tumpang merasa gembira dengan pengiktirafan besar yang kita lakukan pada pagi ini,” katanya.

No comments: