Sunday, December 5, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432

Ahad, 5Disemebr, 2010/28 Zulhijjah 1432

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal hijrah kepada sekalain pembaca Muslim yang telah melayari laman web ini. Semooga anda semua diberikan taufik dan hidayah untuk terus berusaha meningkatkan keimanan serta ketaqwaan untuk menejalani hidup di dunia dengan penuh sejahtera dan mendadapt rahmat Allah di akhirat nanti. Insya Allah!

Dari an Nawwas bin Sam'an ra, katanya:

Saya bertanya kepada Rasulullah saw perihal kebajikan dan dosa. Beliau saw lalu bersabda: " Kebajikan itu ialah baiknya budiperkerti dan dosa itu ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam dada- yakni hati- dan engkau tidak suka kalau hal itu diket" ahui oleh orang banyak"

-( HR Muslim)
Dari Abu Hurairah ra katanya:
"Rasulullah saw ditanya tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia itu dalam syurga. Beliau saw menjawab: "Iaitu bertaqwa kepada Allah dan bagusnya budipekerti".

Beliau ditanya pula tentang apakah sebahagian besar amalan yang memasukkan para manusia dalam neraka. Beliau menjawab:
" Iaitu kerana perbuatan mulut dan kemaluan"

-(HR Imam Tarmizi)

Bersempana dengan ulang tahun Maal hijraha apakak komen anda jika boleh kita kongsi bersama? Dengan azam tersebut dapat kita menjalani hidup yang lebih baik di dunia untuk akhirat.
Silalah beri komen anda ...terima kasih.

Wassalam.

No comments: