1 Disember 2010/24 Zulhijjah 2010
Bantuan khas pesara hari ini
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Penerima pencen boleh mengeluarkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 melalui bank mulai esok.
Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini penerima pencen tidak perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) bagi pengeluaran itu kerana bayaran dikreditkan terus ke akaun bank mereka.
Bagi penerima yang dibayar melalui waran pula, mereka akan menerima waran berkenaan melalui pos dan boleh menunaikannya serta merta.
Semakan boleh dilakukan melalui portal Bahagian Pasca Perkhidmatan di http://apps.jpapencen.gov.my/bipp/.
Sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Kewangan, penerima pencen boleh menghubungi Kamarudin Abd Ghani di talian 03-88854135/4160 atau emel kamarudin.ghani@jpa.gov.my. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment