Friday, December 17, 2010

Jumaat, 17 Disember 2010/11 Muharam 1432

Petua mudah untuk mengelakkan strok:

* Ketepikan tabiat merokok. Nikotin dan karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan jumlah pengeluaran oksigen. Bahan-bahan ini juga merosakkan dinding salur darah, menyebabkan gumpalan terbentuk dan menyekat aliran darah.

* Senaman selama 30-45 minit 3-5 kali seminggu sangat penting untuk mengekalkan tahap kecergasan dan mengelakkan berat badan yang berlebihan. Ini kerana berat badan berlebihan merupakan sebab utama kencing manis dan hipertensi yang merupakan penyebab tunggal paling biasa bagi strok. Kencing manis menyebabkan arteri mengalami arterosklerosis (mengeras dan menyempit) dan menjadi semakin lemah. Kombinasi penyakit kencing manis dan hipertensi meningkatkan lagi risiko bagi penghidap kencing manis.

* Pengambilan garam yang sederhana juga membantu mengurangkan tekanan darah. Orang yang menghidap tekanan darah tinggi menghadapi risiko menghidap strok yang jauh lebih tinggi berbanding serangan jantung dan penyakit lain yang berkaitan. Apabila tekanan darah meningkat, beban pada arteri dan salur darah turut meningkat. Secara beransur-ansur, beban ini akan menyebabkan arteri semakin keras dan sempit, satu proses yang dinamakan aterosklerosis. Arteri juga mungkin menjadi semakin lemah menyebabkan ia pecah. Akibatnya ialah serangan strok berdarah (strok hemoragik).

* Pemakanan yang seimbang dengan kandungan lemak dan karbohidrat sederhana membantu mengurangkan berat badan serta dapat mengurangkan risiko kencing manis dan hipertensi. Elakkan juga daripada mengambil makanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti daging merah, lemak dan produk susu.

* Penjagaan kesihatan yang berterusan secara tidak langsung dengan mengurangkan tahap risiko daripada diserang penyakit yang sering kali menjadi igauan golongan tua ini. Ini dapat dilakukan dengan mengamalkan makanan kesihatan tambahan bagi menyokong zat serta galian di dalam badan yang semakin berkurang akibat tabiat permakanan yang tidak seimbang serta kualiti persekitaran yang semakin merosot. Tidak terlambat untuk berusaha dari sekarang khususnya kepada generasi muda kerana apabila semakin tua keupayaan penyembuhan badan telah banyak berkurang malahan sistem penghadaman tidak lagi mampu menyerap zat serta galian melalui makanan sebaik ketika masih muda.

No comments: