Saturday, December 18, 2010

Apa itu hadis Maudu'?

Sabtu 18 Disember 2010/12 Muharam 1432

Hadis Maudu' atau hadis rekaan ialah hadis yang direkakan oleh para pendusta dan menghubungkannya dengan Nabi saw.Kebanyakan rekaan ini datangnya daripada pereka itu sendiri sama ada, baik dari segi lafaz (matan) mahu pun sanad. Oleh kerana tidak senang degan apa yang ada pada rekaan berkenaan, maka mereka cuba merekakan sanad palsu yang besambung kepada Rasululah saw. Mereka mencipa matan-matan hadis yang terdiri daripada kata-kata hikmah, kata-kata yang lengkap lagi padat dan kata-kata perumpaman yang ringkas indah.

2. Hadis Maudu' ini mula wujud pada tahun 41 hijrah, semasa pemerintahan Khalifah keempat iaitu Khalifah Ali bin Abi Talib. Pada masa itu umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Mereka juga berpecah dalam bidang poltik iaitu terbahagi kepada Jumhur, Khawarij, dan Shi'ah.

3. Sikap memihak mazhab sendiri menjadi punca kepada penciptaan dan rekaan hadis.Mereka yang berkepentingan (ashab al Ahwa') dalam setiap zaman mencipta hadis palsu ke atas Nabi saw. Mereka mempertahankan mazhab mereka secara membabi buta atau menguatkan kemahuan dan kehendak hawa nafsu masing-masing, menyebabkan kitab-kitab mereka dipenuhi dengan hadis-hadis Maudu'.

4. Tidak kurang juga hadis ini dicipta oleh sbagagian ualama Su' (ulama jahat atau tidak jujr) untuk mendekatkan diri dengan pemerintah dan mencari habuan daripada mereka.

No comments: