Sunday, December 19, 2010

Sujud Syukur

Ahad, 19/ Disember 2010/13 Muharam 1432



Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang sunat dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat serta kegembiraan yang tidak diduga ataupun nikmat yang diharapakan , samaada nimat itu bagi dirinya atau kel;uarganya atau audara Islamnay yang lain dari Allah swt atau terhindar dari bencana.

Sujud ini dilakukan di luar solat dan tidak bole dilakukan dalam solat, krana kalau dikerjakan dalam solat dengan sengajadan thau haramnya maka batallah solatnya.

Sujud syukur hukumnya adalah sunat. Syukur adalah ucapan terima kasih.

Dari Al-Bara' bin Azib ra, "Bahawa Nabi saw telah mengutuskan Saidina Ali ke Negeri Yaman.....Saidina Ali pun menulis surat (menyatakan bahawa) penduduk Negeri Yaman telah memeluk Islam . Setelah Rasulullah saw mengetahui kandungan surat itu, baginda terus sujud sebagai bersyulur kepada Allah sawt mengenai( berita gembira)yang demikian"

- (HR Al Baihaiqi)
APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

-(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda saw, Sujud syukur itu dilakukan dengan melakukan perbuatan sujud dengan berniat sebab mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu yang telah dipohonkan.


Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.

Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:

1) Mengadap kiblat

2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.

3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)


Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.

Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

Rukun sujud syukur:

1) Berniat untuk sujud syukur

2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud

3) Satu kali sujud

4) Memberi salam sesudah sujud



Laksanakanlah sujud syukur ini dalam kehidupan kita seharian sebagai salah satu lambing ketaatan dan kesyukuran kita kepada Allah SWT, pemberi rezeki.


Sebagaimana firman Allah SWT:

Ertinya :

"……………………….Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

- (Surah Luqman : 12)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang hamba yang mendapat nikmat atau terhindar daripada suatu kecelakaan atau dengan erti kata lain ianya boleh dianggap sebagai kesan nikmat. Kesan nikmat akan nampak dan terlaksana dalam kehidupan seorang insan menerusi lisan (perkataan), hati (perasaan) dan perbuatan. Ertinya ketika seorang hamba itu menerima nikmat daripada Allah SWT, atau mendapat berita yang menggembirakan, maka lisannya akan berikrardan sedar bahawa nikmat yang ia dapat itu dating daripada Allah SWT. Maka, hendaklah ia bersyukur sambil mengucap Alhamdulillah memuji-muji Allah SWT. Manakala hatinya akan menjadi lapang, tenteram, damai serta sejahtera, mengakui dengan kebaikan-kebaikan yang telah diterima tersebut. Dengan demikian, kesan nikmat itu akan mengubah tingkah lakunya untuk sentiasa melaksanakan perkara-perkara yang diredhai Allah SWT.

Sebagaimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi:

Ertinya :

"Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT."

-( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

Abdurrahman bin 'Auf menceritakan bahawa suatu ketika beliau melihat Nabi SAW mengadap kiblat iaitu bersujud dengan sujud yang panjang sehingga kata Abdurrahman bin 'Auf : "Aku menyangka bahawa Allah telah mencabut nyawa baginda ketika itu. Lalu aku mendekati baginda dan duduk disisi baginda. Maka baginda mengangkat kepalanya dan berkata: Siapa ini? Abdurrahman, jawabku.. Baginda bertanya lagi: Apa kamu buat di sini? Aku menjawab: Wahai utusan Allah tuan telah bersujud dengan suatu sujud yang mengkhawatirkan aku kalau-kalau Allah telah mencabut nyawa tuan di dalam sujud tersebut, maka baginda berkata: Sesungguhnya Jibril 'alaihissalam tadi dating kepadaku dan menggembirakan aku, katanya:

Sebagaimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi:

Ertinya :

Ertinya :

"Diriwayatkan oleh Ahmad dari hadis Abdurrahman Ibn "Auf (ra) bahawasanya Jibril berkata kepada Nabi SAW : Allah Taala berfirman : Sesiapa yang bersalawat ke atas kamu, aku (Allah Taala) akan berselawat ke atasnya dan sesiapa memberikan salam kepada kamu, Aku ( Allah Taala) akan memberikan salam kepadanya."

Selain daripada itu banyak riwayat yang menceritakan bahawa ramai diantara para sahabat yang melakukan sujud syukur seperti:

Abu Bakar al-Siddiq. Beliau bersujud syukur ketika mendengar khabar terbunuhnya Musailamah al-Kazzab dalam pertempuran menumpas kaum murtad di Bandar al-Yamamah.

Ali bin Abi Talib bersujud syukur ketika mendapati bahawa Za'al al-Tsadyah diantara orang-orang yang terbunuh dikumpulan al-Khawarij.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Malik telah bersujud ketika sampai kepadanya berita bahawa Allah telah menerima taubatnya.

No comments: