Selasa, 15 februari 2011/12 Rabiuawal 1432
Kelebihann solat Isyak dan Subuh berjamaah.
Saiyidina UsMan bin affan ra telah masuk bersendrian, maka aku duduklah berdekatan dengannya. Saiyidina Usman berkata kepada ku; wahai anak saudaraku, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda.
" Sesiapa yang bersolat Isyak berjamaah, maka seolah-olah di seperti bersolat separuh malam,dan sesiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah dia seperti solat malam seluruhnya"
- (HR Imam Muslim)
Huraian:
1. Amalan ibadat solat isyak dan subuh ini diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda iaitu ganjaran seperti orang yang beribadat separuh malam atau keselurahan malam.
2. Hargailah kepada Allah yang Maha Pemurah kepada umatnya yang beramal seperti berjemaah di dalam solat isyak dan solat subuh.
3. Hikmahnya kerana bukan mudah untuk bersolat Isyak dan subuh, bagi kita agak berat dilaksanakan terutama untuk mengerjakan solat berjamaah.Inilah galakan yang diberikan oleh Allah swt kepada orang yaag sangup mengorbankan masa rehat dan mengharapkan pahala ynag berganda dari Allah swt.
No comments:
Post a Comment