Wednesday, February 2, 2011

20 Sifat yang wajib bagi Allah Taala.

Rabu, 2 Februari 2011/28 Safar 1432.

1. Sifat Nafsiyah - bererti sifat yang menunjukkan kepada diri zat itu sendiri, tanpa da makna yang berambah ke atasnya/ Sifat Nfsiyyah hanya ada satu iaitu wujud.

ujud adalah sifat yang sabit (ada) di mana sifat ini menunjukkan kepada zat Allah sendiri tanpa ada penegertian lain yang bertambah (lain) terhadap zat.

Dalil wujudnya Allah taala ialah adanya alam ini. Sesungguhnhy alam ini adalah baharu. Setiap yang baharu ada yang memperbaharukannya (mengadakannya) lagi wujud dan pencipta yang wujud itu ialah allah taala seperti yang diberitahu oleh allah dlam Al quran Allah berfirman:

Terjemahannya: "(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu, tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu maka sembahlah Dia"
iap sifat yang pengertiannya
-(Surah al An'am: 102)

2. Sifat Salbiah - bermaksud setiap sifat yang pengertiannaya membawa kepada menolak sebarang perkara yang tidak layak bagi Allah Taala.. menurut pendapat ynag sahih sifat salbiah tidak terbatas, namu ynag dipoerintahkan kepada kita untyyuk mengetahuinya secara tafsil (terperinci) hanya limasahaj iaitu - Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lil hawadith, Qiammuhu binafsih dan wahdaniyyah

2.1 Qidam - ialah sifat salbiyah yang pertama sekali yang menafikan perkara yang tidak layak pada zat Allah Yang Maha Tinggi. Qidam dikira sebagai sifat salbiyah kerana ia menolak adanya permulaaan bagi kewujududan Allah Taala. Maka ini bererti allah bersifat dengan qadim.

Qidam allah taala ertinya tidak ada permulaan kewujudan Allah Taala.

2.2 Baqa' (kekal) -sifat Salbiyah yang kedua. Ia dikira sebagai sifat salbiyyah kerana kefahaman daripada baqa' membawa errti penolakan tentang adanya ketiadaan atau kesudahan bagi kewujudan Allah Taala.

2.3. Al-Mukholafatu lil hawadith (Bersalahan dengan yang baharu)
- menolak adanya persamaan segala yang baharu dengan Allah Taala, sama ada persamaan dengan zat allah, atau sifat-sifatNya atau perbuatan-perbuatanNya. Allah taala tidak ada persamaan dengan segala yang baharu sama ada pada zat mahu pun pada sifat.Allah taala bukannya jisim dan Dia tidak menempati di sesuatu jisim, tempat dan arah.

No comments: