Khamis, 3 Februari 2011/ 29 Safar 1432
Persaabatan antara kawan atau teman penting dari segi hubungan kasih sayang, tolong menolong kerana Allah. Semasa susah atau senaag seorang itu sentiasa memberi nasihat serta ertolongan yang diperlukan oeh temanya yang lian.
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan ynag lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakankepada Allah dan kerana llah, maka pahalanya adalah amat besar.
Sabda Rasululah saw dalam sebuah hadis Qudsi:
" Allah telah berfirman: Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang-menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk besama-sama keranaKu, dua orang kunjung- mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong-menolong keranaKu".
Sabda Rasulullah saw;
"Setiap kawan ynag bersahabat dengan kawan yang lain, walaupun sekejap masa sekalipun, melainkan ia akan ditanya tentang persahabatannya di hari Kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatannya itu dengan baik, atau ia telah mensia-siakannya"
Sabdanya lagi:
" Sebaik-baik kawan ialah kawan yang berbakti kepada kawannya. Dan sebaik-baik jiran ialah yang berbuat baik kepada jirannya"
Sabdanya lagi:
" Tiada dua orang yang saling mencintai satu sama lain, melainkan orang yang lebih dicintai Allah ialah siapa yang mencintai kewannya lebih".
Telah bersabda Rasulullah saw:
"Perumpamaan teman yang soleh, laksana penjual minyak wangi.Samada ia akan memberi anda sedikit, atau anda akan membeli daripadanya sedikit ataupun sekurang-kurannya boleh dapat mencium bau wangi. Dan perupamaan teman yang jelek,laksana tukang besi peniup api. Samadad ia akan membakar baju anda, ataupun anda akan mencium bau busuk daripadanya".
No comments:
Post a Comment