Isnin, 14 Februari 2011/11 Rabiuiawal 1432
Firman Allah swt :
" Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagia daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu nmengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebabitu,patuhilah larangan-larangan tresebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat, lagi Maha mengasihani"
- (Surah al Hujurat :12)
Pengajarannya:
1. Kita dikehendaki menghormati sesama islam dalam hidup bermasyarakat supaya tidak melakukan bersangka buruk, larangan mengintip dan mencari keaiban orang lain serta mengumpat.
2. Perbuatan mengumpat diibaratkan sebagai memakan daging saudara yang telah mati. Mengumpat itu bermaksud menyebut kekurangna atau keaiban orang lain yang tidak disukainya sama ada kekurangan itu pada tubuh badan seseorang , keturunan, tingkah laku, perbuatan, perkataan, dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment