Sabtu, 15 Mei 2010 /01 Jamadil akhir 1431
Munafik ialah orang yang menurut zahirnya beramal dengan melakukan amalan Islam seperti solat dan lain-lain yang difardhukan Allah swt., tetapi imannya seperti hatinya, jiwanya sebenarnya tidak beriman dan ikhlas kerana Allah semasa melakukan ibadatnya. Ia melakukan dengan secara bepura-pura atau sekadar berlakun sahaja. Atau denagn lain perkataan hatinya tidak sama apa yang diucapkan atau dilakukan.
Pada zaman Rasulullah kaum munafik ini diketuai oleh Abdullah bin Salul.
Orang yang munafik ini telah dijanjikan oleh Allah swt, akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam sebagaimana firman Allah dalam Surah At taubah: 68 yang bermaksud:
"Allah swt telah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan, begitu juga orang kafir akan dimasukkan ke dalam api neraka jahanam kekal mereka itu di dalamnya. Itu cukup untuk mereka. Allah mengutuk (menjauhkan dari rahmatnya) mereka dan bagi mereka itu diberikan siksa yang tetap"
FirmanNya lagi dalam ayat An-Nisak: 145 yang bermaksud:
" Sesungguhnya oang yang munafik itu (ditempatklan) pada tingkat bawah sekali dari (di dalam) neraka dan sekali-kali mereka tidak diberi pertolongan"
No comments:
Post a Comment