Sabtu 8 Mei 2010/23 Jamadiawal 1431
Umar bin Yasir r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Apabila seseorang selesai bersolat dia mendapat sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua daripada pahala maksima (mengikut mutu solat yang dikerjakan olehnya)"
1. Hadis ini menunjukkan bahawa pahala diberi seimbang dengan keikhlasan dan kekhusukan solat yang kita kerjakan. Sehingga setengahnya mendapat 1/10, daripada pahala sepenuhnya dan seterusnya ada yang tak mendapat apa-apa pahala langsung.
2. Ganjaran yang dapat mengikut sejauh mana solat itu dilaksanakan dengan sempurna sebagaimana yang dikerjakan atau ditunjukkan oleh Nabi saw melaksanakan dengan tertib, iklhas dan khuysuk. Jika solat dengan tidak berhati-hati atau bersungguh-sungguh mulai dari wudhu, mematuhi rukun-rukunnya dsn, solatnya akan mendapat kurang ganjaran pahalanya.
No comments:
Post a Comment