Selasa, 18 Mei 2010/4 Jamadil akhir 1431.
1. Hendaklah solat jenazah sebaiknya diimani oleh keluarga yang paling terdekat kepada si Mati. seprti bapanya, anaknya atau saudara yang lain.
2. Imam berdiri tentang (dekat)kepala jika jenazah laki-laki, dan berdiri di tentang pinggang (tengah) , jika jenazah perempuan.
3. Boleh juga mensolatkan sekaligus beberapa orang mayat. Hendaklah mayat laki-laki dekat imam dan mayat perempuan di belakang mayat lelaki.
4. Kepala jenazah lelaki diletakkan di pihak sebelah selatan, dan kepala perempuan dipihak utara.
5. Hendaklah disusun beberapa saf.Lebih banyak saf lebih baik, walaupun yang bersolat tidak terlalu banyak. Boleh tiap saf itu dua orang sahaja.Jadi sepuluh orang bersolat dapat menyusun lima saf.
6. Setelah takbir ihram, tangan diletakkan di atas lalu dibaca A'uzu dan teruskan dengan membaca Al Fatihyah,
7. Takbir kedua di baca selawat'
8. Takbir ketiga , dengan membaca doa
9. Takbir ke empat berdoa lagi, lalu memberi salam.
No comments:
Post a Comment