Selasa 12 Mei 2010/27 Jamadilawal 1431
Berikut sedikit panduan untuk merangsanag bayi semasa masih dalam kandungan.
1. Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang dan tidak mudah meragam.
2. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahian bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan-usapan lembut.
3. Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat-ayat al -Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah.
4. Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti alif, baa, taa, 1,2 3,; memperkenalkan diri seperti Assalamualikum sayang, ini emak/ayah, anak emak, anak ayah, bijak, baik dan seumpamanya,
5. Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti: menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncanag perut perlahan-lahan dan kemudian mengusap lembut untuk menenangkannya menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi.
6. Rakamkan suara ibu, ayah dan ahli-keluarga yang lain beserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak.
7. Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. Lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit.
8. Banyakkan mengingat Allah dengan memohon ampun dan beristighfar kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment