Ahad 26 Julai 2009/4 Syaaban 1430 H.
Puasa itu adalah ibadat yang tersembunyi di dalam jiwa, yang dilakukan guna menahan hawa nafsu dari segala keinginan. Sedang pekerjaan menahan itu tak diketahui seorang pun selain dari Allah swt.
Di antara kelebihan ibadat puasa itu ialah:
1. Orang-orang yang berpuasa di bulan ramadhan itu secara iman dan hanya kerana menjalankan perintah Allah semata-mata, maka diampuni Tuhan dosanya yang sudah-sudah.
Maksud hadis, "Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, beliau bersabda: " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang tedahulu".
2. Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turun Al- Quran. FirmanNya,
" Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan Al-Quran, akan jadi petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta memperbezakan antara yang hak dan yang batil".
- (Surah Al Baqarah: 185)
3. Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu.
" Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Bila telah datang bulan ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah pintu-pintu neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan".
- (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim)
4. Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Tuhan, untuk Tuhan sendiri dan dia sendiri pula yang akan menentukan ganjarannya.
" Dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Tiap-tiap amalan anak adam dipergandakan pahalanya antara sepeuluh sampai 700 kali, Allah 'Azza Wajalla telah berfirman:
" Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makannya kerana Aku semata-mata."
5. Bahawa di dalam bulan ramadhan itu terdapat malam qadar,iaitu malam yang tak ada bandingnya.
6. Bahawa orang-orang yang berpuasa dalam bulan itu sudah disediakan Tuhan tempatnya di dalam syurga, suatu tempat yang istimewa pintunya bernama 'Rayyan' yang tak dapat masuk ke dalam tempat itu kecuali orang yang berpuasa.
No comments:
Post a Comment