Selasa, 21 Julai 2009/28 Rejab 1430
Beberapa hadis seperti ynag dimaksudkan di bawah ini mengenai lelebihan atau fadhilat solat.Solat sebagai anugerah Allah yang paling besar, malah ia hanya disedari oleh mereka ynag telah mengecap nikmatnya. Maka itulah sebabnya Rsululah saw menyebutkan sebagai "penyejuk mataku" dan beliau menghabiskan sebahagaian besar dari malam harinya berdiri mengadap Allah swt.
1. Solat adalah julung-julng perintah yang diperntahkan oleh Allah swt dan solatlah pula julung-julung perkara yang akan disoal pada hari hisab.
2. Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutulah Allah swt dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat,
3.Solat adalah satu-satunya yang membezakan abtara iman dengan syirik.
4. Solat adalah tanda islam. Seorang yang b ersolat dengan iklas dan khusuk apabila masuk waktunya dan nenberati segala rukun-rukunnya. termasuk rukun-rukun yang mustahabah pastilah ia seorang mukmin.
5. Dari segala sesuatu yang telah diperitahkan oleh Allah swt, iman dan solat adalah yang amat ternilai. Andai kata ada apa-apa ynag lebih baik dari solat, maka Allah swt akan perintahkannya untuk para malaikatnya yang setengah-setengahnya sentiasa dalam rukuh dan yang lainnya pula dalam sujud.
6. Solat adalah tiang agama islam.
7. Solat menghinakan syaitan.
8. Solat adalah Nur bagi orang mukmin.
9. Solat adah jihad yang terbaik sekali.
10. Allah swt bermurah hati terhadap seseorang selagi dia solat.
11. Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang-orang yang selalu pergi ke masjid bertebaran dan terselamat.
12. Kalau setengah dari dosa-dosa besar orang muslim itu mencampakkannya ke dalam neraka jahannam, maka api neraka itu tidak membakar baginya badannya yang telah menempuhi bumi semasa dia sujud di dalam solatnya.
13. Ap neraka telah diharamkan ke atas bagian-bagainnya badan orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.
14. Dari segala amalan, solat ynagdikerjakan pada waktu-waktu ynag telah ditetapkan adalah yanag amat dicintai olah Allah swt.
15. Allah swt paling suka perawakan seseorang apabila dia dalam sujud, dahinya kena pada tanah dengan perasaan hina.
16. Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah swt.
17. Solat adalah anak kunci syurga.
18. Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu-pintu syurga dibuka dan segala tabir antara dia dengan Allah swt disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh).
19. Seseorang yang bersoat adalah ibaratnya dia mengetuk pintu rumah Allah swt dan pintu itu adalah sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknbya.
20. Tempatnya solat di dalam islam adalah seumpama kepala pada badan.
21. Solat itu adalah Nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah dia suluh hatinya (dengan bersolat)
22. Jika seseorang mahu dosa-dosanya diampuni oleh Allah swt , maka hendaklah dia mengambl wudhu'dengan sempuran. Solat dengan khyusu' dua atau empat rakaatsolat fardhu atau nafal dan kemudian berdoa ke hadrat Allah swt, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya.
23. Mana-mana bumi yang di atasnya Allah swt diingati dalam solat, merasa bangga dari bumi-bumi lainnya.
24. Allah swt menerima doa' seseorang yang berdoa kepadanya setelah bersolat dua rakaat. Allah swt menggabuli apa yang dipohonkannya kadang-kadang dengan segera dankadnag-kadang terlambat sedikit (untuk kepentingannya).
25. Seseorang yang bersolat dua rakaat bersendirian dengan tidak sesiapa pun kecuali Allah swt dan malaikatnya sahaja yang melihat dia, api neraka tidak akan menyentuhinya.
No comments:
Post a Comment