Ahad, 5 julai 2009/12 Rejab 1430H
Jalan Menuju Keridhaan Islam.
Firman Allah swt yang bermaksud,
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cinta, Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". (Ali 'Imran 3:92)
Kebesaran Islam yang sebenar terletak pada prinsip bahawa apa pun yang anda cintai mestilah anda korbankan untuk Allah. Anda tentu tahu bahawa dalam semua urusan hidup anda, Allah mengajak anda kepada satu matlamat sedangkan anda sendiri mengajak ke arah lain.
Allah menyuruh anda mengerjakan satu perbuatan,tapi nafs (diri) memujuk agar anda tidak mengerjakannaya dengan menyatakan bahawa pekerjaan itu akan mendatangkan kesulitan dan kerugian.
Allah melarang anda mengerjakan sesuatu, tapi nafs (diri) memujuk anda agar tidak mengerjakannnya dengan menyatakan bahawa pekerjaan itu akan mendatangkan kesenangn dan keberuntungan.
Di satu pihak terdapat keridhaan Allah, sedangkan di lain pihak adalah kesenangan dan kepuasan diri. Di sebaliknya itu ialah jalan kufr dan kemunafikan.Seseorang yang melarikan dirinya dari pujukan dunia dan tunduk patuh pada perintah-perintah Allah adalah orang-orang yang telah memilih jalan Islam.
FirmanNya lagi:
"Katakanlah: " Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah. Tuhan Semesta alam, tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)"
- (Al-An'am 6: 162-163)
Huraian;
1. Yang dituntut dalam islam ialah bahawa manusia hendaklah mepersembahkan seluruh kerja amalaya , hidup dan matinya semata-mata untuk Allah. Tidak membahagi-bahagikan hal Allah dalam hal ini dengan yang lain.
2. Apa yang dilakukan ialah dengan niat semata-mata untuk mencari keridhaan Allah, dan dilakukan menurut aturan-aturan yang telah digariskanNya.Tanpa niat kerana Allah tidaklah dikatakan sempurna imannya.
3.Yang penting ialah pengakuan pengabdian diri kepada Allah yang sejati iaitu peneguhan dalam hati dan diikuti dengan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah dari segi hidupnya, matinya , kesetiaanynya, kepatuhannya dan peghambaan, pendeknya seluruh hidup dan kerjanya ditujukan kepada Allah atau kerana Allah.
No comments:
Post a Comment