Khamis, 16 Julai 2009/23 Rejab 1430.
Rasulullah saw bersaba: Maksudnya,
"Wahai para pemuda, siapa di antara kamu yang telah sanggup untuk menikah. hendaklah ia menikah, kerana pernikahan itu lebih dapat memlihara pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi barang siapa yang belum sanggup, hendaklah ia melakukan puasa, kerana puasa itu merupakan penyelamat bagi dirinya".
Rasulullah saw telah menganjurkan kepada setiap oranag agar supaya berkahwin, kerana dengan perkahwinan itu akan dapat memklihara dirinya daripada perbuatan zina.
Orang yang berkawin akan dapat menjaga pandangannya dari perkara-pekara yang terlarang seperti memandang perempuan dengan syahwat dan boleh mendatangkan angkara yang membawa kepada zina.
Dengan perkahwinan juga seseorang itu dapat menyalurkan tuntuan batinnya secara halal dan dapat mengelakkan dirinya daripada perbuatan zina yanag merupakan dosa besar di sisi Allah swt.
Bagi seseorang yang belum mampu untuk menanggung nafkah hidup berkeluarga , Rasulullah saw menganjurkan supaya ia berpuasa sebagai cara yang terbaik baginya, iaitu puasa sunat yang telah diatur dalam syariat Islam. Dengan berpuasa sunat dengan niat yang ikhlas kerana mengikut perintah Islam dengan mencari keredhan Allah swt, akan dapat mencegah dorongan nafsu syahwat yang tidak baik yang mungkiun tidak dapat dikawal dengan, melakukukan zina yang dikutuk itu.
Perkahwinan juga memberikan kebaikan kepada pasangan ynag berkahwin iaitu lelaki danawanita supaya dapat mengikat hubungan kasih sayang dan percintaan secara baik, tenteram dan diberkati Allah swt, dengan melakukan syariat yang mulia di sisi Allah swt.
Dalam hubungan ini Rasulullah saw telah bersabda, "Kami tidak pernah melihat dua orang yang saling mencintai sebaikmcinta dalam pernikahan".
Hadi sini dpat dijadikan bukti pedoman iaitu hubungna saling mencintai antara seseorangwanita dengan seseorang lelaki tidak akan dapat dilakukan sebaik dalam hubungna perkahwinan.
No comments:
Post a Comment