31 Julai 2008 (Khamis) semalam hari ulang tahun saya genapnya umur 65 tahun.
Alhamdulillah, syukur di atas nikmat serta rahmat ynag di kurniakan Allah swt. Masih dapt hidup di bumi Allah ini dengan rahgmat agama Islam serta petunjuk yang di berikan untuk terus beramal hingga akhir hayat dan semoga dapat membawa bekal amal soleh apabila hidup semula di alam akhirat yang pasti akan berlaku sebagiamana dijelaskan dalam ajran Al Quran dan Sunah Rasulullah saw. Semoga Allah memberikan kemudahan untuk terus beramal dan dan melaksanakn tangggungjawab/ibadah kepada Allah swt.Di masa bulan Syaaban ini eloklah kita membiasakan diri dengan persediaan untuk menjalani ibadat ramadzan seperi membiasakan puasa sunat, solat sunat, membaca AlQuran, emberi sedakah, banyak bangun solatv tahjud dengan mengerjakan solat tasbih, taubat, hajat, witir dan seumpamanya, supaya dalam bulan ramdzan mudah kita melaksanakannya dengan latihan yang dibuat sebelum ramadzan ini.
Insya Allah pada 1 September2008, ini akan tibalah bulan ramadhan bagi tahun 1429. Kita akan mula berpuasa menunaikan rukun Islam fardau yang ketiga.
Sebagai satu bulan yang dimuliakan, maka Allah telah menentukan bagaimana cara menghormati bulan ini dan memperlihatkan keistimewaanya. Kefardhuan berpuasa ini telah ditentukan oleh Allah swt dan terdapat di dalam Al Quran dan Al Hadis dan telah menjadi ijmak ulamak Islam.
Firman yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaiman diwajiubkan atas orang-orang ynag dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
- S. Al Baqarah: 183)
As Syeikh Mahmus Syatut, seorang ulamak Islam ynag mutakhir membahagikan puasa kepada 3 bahagian:
1. Pertrama: Puasa manahan diri dari makan dan minum dan segala kehendak nafsu, dari bterbit fajar hingga jatuh matahari.
Kedua: Puasa anggota-anghota lahir dari sebarang dosa. contoh, tangan menyakiti orang lain dan memegang benda yang haram; lidah melakukan mengupmpat dan bercakap bohong.
Ketiga: Puasa hati iaitu membersihkan diri dari apa sahaja ynag yeng bertentangan dengan iman dan keikhlasan kerana Allah.
Sebagai ulangkaji.....
Apakah syarat-syarat puasa?
1. Islam
2.Mumaiyiz ( dapat membezakan yang baik dengan ynag buruk)
3. Suci dari haidh dan nifas
4.Pusa diharuskan pada hario ynag dibolehkan puasa (Bukan hari ynag diharamnmkan puasa spt Hari Raya, Hari tasyrik.. 11 hingga 13 Zulhijjah)
Apakah Rukun puasa itu?
1. Niat
2. menanhan diri daripada perkara-perkara ynag membatalkan puas.
3.Waktunya dari timbul fajar sidiq hingga tenggelam matahari.
Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
1. Makan dan minum,
2. Muntah dengna sengaja
3. bersetubuh
4. Keluar darah haidh dan darah nifas
5. Gila .
6. Keluar mani disebabkan bersentuh dengan perempuan.
Keutaman berpuasa;
Dari Abu Hurariah ra bahaw nabi saw bersabda,
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggukan syaitan-syaitan, dan dijunmpai suatu malam yang nilainya lebih berharga dari seribu malam. Maka berang siapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sesungguhnya tiadalah ia mendapatkan itu buat selama-lamnya".
Dan Sabdanya lagi.
Maksudnya, " Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharap keredhaan, Allah akan ampuni dosa-dosanya yang terdahulu."
Berbagai Peristiwa di Bulan Ramadhan
Di bulan Ramadhan Al Qur’an di turunkan. Dialah wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia. Dialah mu’jizat yang dianugerahkan Allah kepada manusia.
Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik.
Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.
Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah.
Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,“Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, Insya Allah.“
Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya :„Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan dibelakang kalian..
“ Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropah zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.
Futuh bilaad Al-Ghaal (dibukanya daerah „Ghaal“ atau dalam bahasa Perancis pays des Gualles). Jatuhnya daerah Ghaal yang sekarang letaknya di Perancis juga terjadi di bulan Ramadhan. Peristiwa ini terjadi di zaman Islam di Andalusia.
Ma’rakah ‘Ainu Jaaluut (perang ‘ainu jaaluut). Peperangan ini terjadi dengan latar belakang jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kala itu pasukan Tartar (Mongol) yang ganas mengirim ekspedisi ke arah barat. Ketika sampai di daerah kekhalifahan Abbasiyyah terjadilah pengacauan-pengacauan sampai akhirnya mereka bergerak menuju Baghdad. Baghdad yang kala itu merupakan pusat intelek berhasil mereka hancurkan. Khalifah beserta segenap keluarganya mereka bunuh. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk membuat jembatan penyeberangan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena terlalu banyaknya tinta yang larut.
Demikianlah akhir dari sebuah peradaban modern Islam di Baghdad. Pasukan Mongol terus bergerak ke barat menuju Syams (sekarang meliputi Syria, Palestina, Yordania, Libanon). Umat Islam tidaklah tinggal diam membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan umat. Penguasa Mesir kala itu Sa ifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju Syams untuk menghalang orang-orang Mongol. Seorang tokoh penting yang sangat berpengaruh membentuk kepribadian Quths adalah seorang ulama yang bernama Al-’Izz bin ‘abdis Salaam. Beliaulah yang mentarbiyyah (membina) Saifuddin Quths menjadi seorang berkepribadian islami. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama ‘Ainul Jaaluut (letaknya di Palestina). Sejarah akhirnya mencatat bahwa di‘ainul Jaaluut-lah akhirnya ekspansi pasukan Tartar dipatahkan oleh kaum Muslimin.
(Dipetik dari Internet dan diedit utk. bacaan pembaca Malaysia).
Berita gembira untuk mereka yang berpuasa
Oleh ABD AL-RAZZAQ A.MUTHALIB AHMAD
FIRMAN Allah: Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184). Ayat ini nampak begitu ringkas. Namun manakan sama antara ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata-kata makhluk-Nya.
Cukuplah bagi seorang hamba yang beriman kepada Allah meyakini akan jaminan yang diberikan ini. Sesungguhnya ibadah puasa bukanlah suatu yang membebankan, tetapi ia adalah satu peluang yang diberi oleh Allah s.w.t untuk kita mencari dan mengumpul sebanyak mungkin pahala buat bekalan dan kesenangan di akhirat.
Rasulullah s.a.w tidak pernah lekang daripada memberi galakan dan motivasi untuk umatnya supaya membuktikan keimanan dengan menjalankan perintah Allah dengan penuh sempurna dan mengharapkan balasan yang dijanjikan.
Justeru, baginda memberi khabar gembira untuk mereka yang berpuasa. Berbahagialah wahai orang yang berpuasa dengan perkhabaran ini:
* Puasa sebagai perisai.
Dalam satu hadis, Nabi s.a.w menganjurkan kepada mereka yang berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: Wahai para pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan untuk kahwin, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Oleh itu, dengan berpuasa, seseorang itu akan dapat mengelakkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat dan perzinaan yang diharamkan. Ibadat puasa adalah latihan rohani bagi mengekang pengaruh syaitan dan nafsu syahwat yang sering mengajak ke arah dosa dan maksiat.
Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mengulas hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata: “Pada prinsipnya, apa yang dituntut daripada amalan puasa itu adalah memecahkan syahwat.”
* Masuk syurga kerana puasa
Apabila ibadah puasa ini dapat menjauhkan seseorang itu daripada api neraka, maka ia akan mendekatnya pula dengan syurga.
Daripada Abu Umamah ra berkata: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku satu amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi s.a.w menjawab: Hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya. (riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim, dan sanadnya sahih)
* Ganjaran pahala puasa tiada hadnya.
* Dua kegembiraan untuk yang berpuasa.
* Bau dari mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Kelebihan-kelebihan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang yang berpuasa akan menikmati dan mengecapi dua kegembiraan; kegembiraan dunia dan kegembiraan akhirat. Bayangkan setelah sehari suntuk seseorang itu menahan diri daripada lapar dan dahaga, lalu tiba saat terbenamnya matahari. Dia dapat menikmati segala juadah bagi menghilangkan lapar dan dahaganya. Inilah kegembiraan di dunia.
Ada pun kegembiraan yang lebih besar dan utama adalah tatkala dia bertemu dengan Tuhannya di akhirat kelak. Detik itu, dia akan dapat melihat dan mengecapi segala ganjaran besar yang telah disediakan untuknya sebagai balasan kepada ketaatan yang telah ditunjukkan.
Bau mulut orang yang berpuasa juga lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi pada hari akhirat. Ia menjadi tanda bahawa seseorang itu termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa semasa di dunia dan dia berhak untuk mendapat segala balasan yang telah dijanjikan.
* Al-Rayyan untuk orang yang berpuasa.
Al-Rayyan adalah salah satu pintu syurga. Ia disediakan hanya untuk mereka yang berpuasa. Daripada Sahl bin Said r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda (bermaksud), Sesungguhnya dalam syurga itu ada satu pintu yang dinamakan al-Rayyan, orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat, tidak akan masuk seorang pun selain daripada mereka (yang berpuasa), apabila telah masuk orang yang berpuasa, pintu ini akan ditutup, maka tidak dapat masuk seorang pun yang lain melalui pintu ini. (riwayat Bukhari dan Muslim).
* ABD. RAZAK ABD. MUTHALIB bertugas di RK Training & Management.
Pahala, nikmat umat berpuasa berlipat ganda
Oleh Zahari Hasib
ALLAH SWT mewajibkan umat Islam berpuasa melalui firmannya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sama seperti telah diwajibkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum ini, supaya dengan demikian kamu akan lebih bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Puasa menurut pengertiannya yang luas bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi lebih jauh, puasa menghendaki sebuah pengorbanan besar di mana kita seluruh umat Islam disaran supaya mempertingkatkan segala amalan kebajikan disamping menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar serta dosa.
Dalam hadis riwayat At-Tirmizi: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya ada tiga jenis doa dan permintaan yang sama sekali tidak akan ditolak oleh Allah, iaitu doa daripada pemimpin adil, doa orang teraniaya dan doa orang sedang berpuasa.”
Menurut kajian ilmiah perubatan moden pula, keseluruhan doktor sudah bersetuju merumuskan bahawa kebiasaan berpuasa atau menahan diri daripada makan dan minum adalah satu-satunya kaedah atau jalan terbaik ke arah mengekalkan tahap kesihatan yang berpanjangan. Ini sesuai dengan sebuah riwayat menyebut: “Bahawa banyak makan dan perut buncit itu adalah sarang bagi segala penyakit.”
Berlapar dan dahaga pada Ramadan memberi kesedaran betapa beratnya penanggungan lapar dahaga yang terpaksa di hadapi sesetengah manusia daripada golongan miskin dan fakir yang sukar serta sempit dalam kehidupan sehariannya.
Lalu dengan demikian, akan tergerak hati nurani untuk ikut memberi simpati dengan menghulurkan derma, pertolongan serta sedekah. Dalam sebuah hadis riwayat sahih, ada seorang datang lalu bertanya kepada Nabi Muhammad SAW mengenai sedekah manakah yang lebih baik dan utama, lalu jawab Baginda SAW: “Adapun sedekah yang paling baik dan utama ialah sedekah yang dilakukan pada bulan Ramadan.”
Pada Ramadan yang mulia ini jugalah Allah SWT membukakan pintu langit, membukakan pintu syurga lalu menutup pintu neraka dan merantai sekalian iblis dan syaitan, segala permintaan doa muslimin dan muslimat yang benar-benar beramal soleh akan dimakbulkan, lebih daripada itu Allah SWT juga akan menangguhkan azab serta siksa kubur bagi mereka yang sudah mati.
Pada bulan Ramadan juga Allah SWT menurunkan kitab suci Al-Quran, sebaik-baik panduan bagi seluruh umat Islam di muka bumi sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya pada bulan Ramadan ini akan diturunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk bagi kamu, pada bulan Ramadan ini juga kami anugerahkan padanya malam Lailatul Qadar dan bahawa Lailatul-Qadar itu adalah lebih mulia dan berkat dari seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 151)
Terlalu banyak riwayat, hadis serta firman Allah SWT menerangkan betapa besarnya fadilat serta keberkatan yang terkandung di bulan Ramadan. Oleh itu selaku umat Islam, kita sewajarnya mengambil peluang keemasan ini untuk melipatgandakan amalan kebajikan kerana kegagalan menunaikan ibadat puasa bukan saja akan merugikan tetapi terpaksa pula menunggu setahun lagi untuk dapat berada kembali di dalamnya.
Ini bertepatan maksud hadis riwayat at-Tirmizi bermaksud: “Barang siapa dengan sengaja meninggalkan walau satu hari pun puasanya di bulan Ramadan sedang dia tidak sakit atau uzur untuknya maka tidaklah dapat ia digantikan walaupun dengan berpuasa dia untuk seumur hidup.”

Lebih daripada itu, hadis riwayat Bukhari pula menyebut: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan semata-mata dilakukan dengan rasa kepatuhan dan keredaan kerana Allah maka nescaya akan diampunkan segala dosanya di masa lalu.”
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Dari sekian banyak pintu syurga itu maka terdapat lapan pintu yang mengandungi nikmat keindahan serta kebahagiaan luar biasa, maka salah satu darinya bernama Rayyan, lalu tidaklah akan dapat sesiapa pun masuk ke dalamnya kecuali mereka yang benar-benar taat berpuasa.” (Hadis riwayat Bukhari dari Sahar bin Saad).
Demikianlah huraian mengenai besarnya keberkatan serta hikmah yang terkandung pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya di sisi Allah bau busuk mulut orang yang berpuasa itu sebenarnya adalah lebih harum daripada wangian ambar kasturi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketika bertanya seseorang kepada Rasulullah SAW mengenai keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan maka jawab Baginda SAW: “Sesungguhnya tidak terbilang olehku keberkatan dan hikmah yang terkandung pada bulan Ramadan itu, sehingga jika seluruh manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran pahala dan rahmat yang terdapat pada bulan Ramadan maka nescaya tidak mustahil bagi mereka untuk bermohon atau meminta kepada Allah supaya jika boleh biarlah kesemua bulan itu menjadi bulan Ramadan.”
Cetak artikel | Hantar pada kawan
1 comment:
terima kasih sharing ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"
silakan berkunjung ke:
http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html
salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/
Post a Comment