Monday, August 25, 2008

CIRI-CIRI MUKMIN SEBENARNYA

ISNIN 25 0GOS 2008/23 SYAABAN 12429 - 1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429, SEMINGGU MENJELANG PUASA RAMADHAN H.1429/2008.

Ciri-Ciri Mukimin sebenar.

Apa yang dituntut oleh Islam adalah bahawa manusia wajib mempersembahkan seluruh kerjanya, hidup dan matinya semata-mata untuk Allah dan tidak membahagi hak Allah dalam hal ini dengan yang lainnya. Apa jua matalamat hidup dan amalannya tidak boleh dipersembahkan atau ditujukan kerana sesiapa pun selain dari Allah swt.

Dalam menjalin hubungan persahabatan maupun permusuhan dengan orang lain hendaklah dilakukan dengan niat semat-mata untuk mencari keridhaan Allah dan dilakukan murut aturan-aturan yang digariskan oleh agama.Kalau tidak demikian, iman tidak dapat dikatakan sempurna, apalagi mencapai darjat kerohanain yang tinggi.

Dalam hal ini kelemahan iman ditujukkan oleh kelemahan seseorang dalam memenuhi persyaratan yang tersebut di atas. Apabila dalam hal ini seseorang telah menuruti aturan Allah sepenuhnya, maka barulah imannya dapat dikatakan sempurna.

Firman Allah (Surah Al-An"am: 162-163)yang bermaksud,

" Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Alah, Tuhan sesemsta alam, tiada sekutu bagiNya , dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan akau adalah orang ynag pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)"

Sehubnungan dengan firman tersebut di atas, Rasululullah saw bersabda;

"Barangsiapa yang menjalin persahabatan kerana Allah, menyatakan permusuhan kerana Allah, dan meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka sesungguhnya ia telah melengkapkan imannya, yakni menjadi orang mukmin yang sempurna".

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


7 ciri penghuni syurga Firdaus.

Oleh Wan Aminurrashid W Abd Hamid

MANUSIA akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk. Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .

Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.

Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri itu ialah:

• Khusyuk dalam menunaikan solat

Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.

• Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna

Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.

• Menunaikan zakat

Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.
Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

• Memelihara kehormatan

Orang mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah.

• Melaksanakan amanah

Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

• Memenuhi janji

Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.


• Memelihara solat

Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.


==========================================================

Ulasan suasana pilihan Raya di Permatang Pauh. Hari Mengundi 26 Ogos 2008 (Selasa)

Sumber Berita Harian 25 Ogos 2008


Keputusan Permatang Pauh ukuran politik semasa
Oleh Manja Ismail

BN, PKR masing-masing mempunyai alasan tersendiri mesti menang 'ibu segala pilihan raya kecil'

SELEPAS 10 hari penduduk Permatang Pauh mendengar pelbagai janji, dakwaan dan tuduhan, melihat bermacam kerenah petugas parti serta menyaksikan kehadiran begitu ramai orang luar ke daerah mereka, 58,459 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen itu akan membuat keputusan siapa yang akan menjadi wakil mereka ke Dewan Rakyat, esok.

Seperti mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini, keputusan kerusi Permatang Pauh malam esok tidak banyak mengubah kedudukan di Dewan Rakyat. Sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang banyak pihak meramalkannya mempunyai peluang cerah, memenanginya, kerusi Pakatan Rakyat tidak bertambah. Ia dikosongkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri bagi memberi laluan kepada suaminya untuk kembali semula ke Parlimen.

Jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menang pun, BN masih memerlukan tujuh kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Namun, itu hanyalah dari segi kedudukan kerusi di Dewan Rakyat sedangkan dari segi politiknya, keputusan di Permatang Pauh nanti akan menjadi kayu ukur kepada kedua-dua pihak mengenai kedudukan mereka selepas hampir enam bulan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun kerana Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR dan amat sinonim dengan Anwar yang mewakilinya selama empat penggal ketika berada di dalam kerajaan sebelum berpindah tangan kepada Dr Wan Azizah, tekanan tentunya kepada PKR. Sebaliknya, jika BN, yang sejak dari awal lagi menganggap amat sukar untuk menawan Permatang Pauh, dapat meningkatkan undinya esok daripada apa yang diperolehnya pada Mac lalu, ia sudah boleh dianggap satu kejayaan.

Senario inilah yang membezakan Permatang Pauh dengan pilihan raya kecil sebelumnya dan kenapa suasana di kawasan itu amat tegang dengan banyak laporan mengenai kekasaran dan ugutan oleh petugas serta penyokong parti, terutama daripada PKR, sejak penamaan calon 16 Ogos lalu. Bagi penyokong PKR, mereka mesti memenangi pilihan raya kecil ini kerana kekalahan akan menyukarkan lagi Anwar mencapai impiannya untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September depan.
Walaupun ramai menganggap kenyataan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 September itu, yang turut menjadi bahan kempennya sepanjang 10 hari lalu, sebagai perang psikologinya terhadap BN, penyokongnya yakin ia akan menjadi kenyataan. Kerana itu, PKR percaya kemenangan di Permatang Pauh nanti adalah langkah pertama untuk memastikan impian Anwar menjadi kenyataan. Bagi mereka, soal bagaimana Anwar mahu mendapatkan 30 lagi kerusi bagi membentuk kerajaan Pusat, adalah perkara kedua.

Keputusan malam esok juga akan menentukan sama ada tuduhan liwat yang dihadapi Anwar mempengaruhi pengundi Permatang Pauh. Walaupun isu itu tidak menjadi bahan utama kempen BN kerana ia lebih bersifat peribadi dan sudah menjadi kes mahkamah (akan didengar 10 September ini), adalah menarik untuk mengetahui sejauh mana pandangan pengundi mengenai isu itu. Ini ditambah dengan sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu bagi mengukuhkan dakwaannya dia diliwat oleh Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, Presiden PKR itu mendapat 30,338 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang memperoleh 16,950 undi. Majoriti 13,388 undi yang diperoleh Dr Wan Azizah adalah tertinggi pernah dicatatkannya sejak beliau menceburi politik pada 1999. Pada pilihan raya 2004, beliau menewaskan Pirdaus dengan majoriti 590 undi, manakala pada 1999, menewaskan Datuk Seri Ibrahim Saad dengan majoriti 9,077 undi.

Berdasarkan pecahan kaum, Permatang Pauh mempunyai 69.63 peratus pengundi Melayu, 24.76 peratus Cina dan 5.30 peratus India serta 490 pemilih pos. Kerana kejayaan Dr Wan Azizah mencatat majoriti besar pada pilihan raya umum lalu dikaitkan dengan tindakan pengundi Cina dan India mengalihkan sokongannya kepada pembangkang, golongan itu juga dikatakan menjadi penentu keputusan pilihan raya kecil malam esok.
Kerana itu, BN, selain memastikan undi Melayu yang diperolehnya Mac lalu meningkat, turut memberi perhatian lebih kepada pengundi Cina dan India.

Pemilihan Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, yang terletak di Parlimen Permatang Pauh sebagai calon BN dianggap mampu menarik semula sokongan pengundi Cina. Bukan saja beliau, malah tiga anaknya juga belajar di sekolah Cina. Beliau diberikan jolokan OCBC (orang Cina bukan Cina) kerana berbahasa Hokkien ketika berceramah kepada masyarakat Cina. BN juga menggunakan khidmat Exco Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang fasih berbahasa Tamil bagi menarik sokongan golongan itu.

Jika dapat menarik sokongan majoriti undi masyarakat Cina dan India serta pengundi Melayu atas pagar, tidak mustahil BN boleh merampas semula kerusi Permatang Pauh dengan majoriti tipis. Menyedari hakikat inilah Pakatan Rakyat juga turut menghantar pemimpin utama mereka berkampung di Permatang Pauh bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

Bagi majoriti rakyat negara ini, keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh malam esok akan menentukan sejauh mana Pakatan Rakyat, malah Anwar sendiri dapat membuktikan gagasan mereka untuk mewujudkan keterbukaan, keamanan dan keadilan yang lebih baik. Jika hari penamaan calon 16 Ogos lalu dicemari dengan pergaduhan dan insiden wartawan dikasari oleh kumpulan dipercayai penyokong PKR, ramai berharap suasana pengundian esok berjalan lancar dan aman tanpa gangguan mana-mana pihak.

Begitu juga dengan proses penjumlahan undi dan pengumuman keputusan di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Mengkuang malam esok. Pakatan Rakyat perlu mengawal penyokong mereka daripada bertindak keterlaluan jika merayakan kemenangan atau bertukar ganas apabila menerima kekalahan malam esok. Jika ini gagal dilakukan PKR dan Anwar sendiri, bagaimana mereka mahu memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat sekiranya dapat membentuk kerajaan 16 September ini?

No comments: