Monday, August 11, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan 1429

Selamat Menyambut Ramadhan Al- Mubarrak 1429 pada 1 hb September 2008 ini. Insya Allah.


Sempena menyambut kedatangan Ramadhan 1429 H bersamaan 1 September 2008, marilah kita memanjatkan kesykukuran ke hadrat Allah swt kerana kita berkesempatan untuk menjalalankan ibadah puasa Ramadhan sekali lagi tahun ini.

Semoga kita diberikan kekuatan yang kita perlukan dari segi kesihatan, fizikal dan rohani untuk kita menjalankan amalan fardhu dan usaha kita diberkati dan mendapat ganjaran dari Allah swt.Kali ini dapat saya menyampaikan beberapa petikan daripada hadis yang berkaitan dengan ibadah puasa untuk dijadikan peringatan dan panduan kita bersama.

1. Berniat puasa pada malam harinya.Dari Hafsah, sesungguhnya Nabi saw besabda: "Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh) maka tidak ada puasa baginya"-(HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)Hadis tersebut di atas membawa maksud bahawa setiap orang yang melakukan puasa Ramdhan wajib mendahuluinya dengan niat sebekum datangnya waktu subuh. Hadis ini membawa 2 pengertian iaitu:1.Berniat pada setiap malam2.Berniat untuk puasa selama 1 bualan Ramadhan pada malam awal Ramdhan.

2. Anjuran Makan sahur."Drai Anas, ujarnya Rasulullah SAW bersabda:"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkah"-(HR. Bukharidan Muslim)Bersahur itu adalah sunat.Makan sahur adalah makan yang membawa kebaikan dan keutamaan bagi yang melakukannya.Sahur akan memberi tenaga kepada yang berpuasa dan mendapat berkah yang akan Allah turunkan kepada dirinya sepanjang hari ia berpuasa.

3.Sahur dngan kurma."DraiAbu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah SAW besabda; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma"-(HR. Ibnu Hibban dan Baihaqi)Bersahur dengan kurma adalah sunnah Nabi, jika diamalkan akan mendapat pahala.

4.Mandi menyegarkan bada ketika berpuasa.Dari Abu Bakar bin Abdur Rahman, dari seorang sahabat Nabi saw, berkata:"Saya pernah melihat Rasulullah saw mansi membasahkan kepada baginda ketika baginda berpuasa kerana haus atau kerana panas".

5. Meninggalkan ucapan dan perbuatan sia-sia.Dari Abu Hurairah, berkata: Nabi saw bersabda:"Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatanya meninggalkan makan dan minum (puasa)."Tidak akan dapat pahala bagi orang orang berpuasa tetapi bercakap bohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan curang atau berlaku tidak jujr.

6. Memperbanyakkan doa ketika berbuka."Dari 'Abdullah bin 'Amr bin ', berkata, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:"Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka". Dan bila 'Abdullah berbuka , ia berdoa: "Wahai Tuhan, aku meminta kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku".

7. Pahala menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa."Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, dari Nabi saw sabdanya: "Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuas; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun."

8. Menghidupkan malam Ramadhan dengan solat."Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:" Barangsiapa melakukan solat pada malam-malam Ramdhan dengan iman dan mengharapkan keredhaanNya, maka dosa-dosa yang telah lalu akan diampuni".-(HR. Bukhari dan Muslim)





Taat Dalam Islam

Sebagaimana diperintahkan Allah swt, "Bertaqawalah kepada Allah dengan sesungguh taqwa" yang memeberi bermaksud bahawa perintahNya wajiblah ditaati, diingati tidak dilalaikan dan hendaklah diterima dengan penuh kesyukuranAdalah menjadi kewajipan sebagai seorang Islam berusaha untuk memelihara keislaman/imannya dengan mematuhi segala perintah yang difardhukan ke atasnya.

Kelalaian menjaga kesucian agamanya akan menyebabkan ianya terdedah kepada perkara-perkara yang merosakkan keimanan serta terkeluar dari landasan Islam yang dibenarkan dan akan mengakibatkan kekufuran dan menanggung dosa-dosa yang akan menjerumuskan ke neraka di akhirat kelak.Kita hendaklah sentiasa beramal dengan menjunjung segala perintah Allah swt dengan menjauhi segala laranganNya.

Sekiranya berlaku kesalahan dalam perbuatan atau amalan yang ditegah agama, kita hendaklah segera bertaubat kepada Allah dengan benar-benar taubat dengan merasa menyesal dan berjanji tidak lagi mengulangi perbuatan yang dilarang yang pernah kita lakukan.Firman Allah yanag bermaksud." Janganlah sampai kamu mati melainkann di dalam keadaan Islam yang sebenarnya".

Ini merupakan perintah dari Allah swt supaya kita mati dalam Islam, sebab Islam adalah agama yang diakui sebagai agama yang benar, dan Allah tidak akan menerima agama selain daripada Islam dan hanya Islam agama yang diredhai kepada RasulNya dan hamba-hambaNya yang mukmin.Firman Allah Taala,"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah, ialah Agama Islam".(Ali Imran :19)"

Barangsiapa yang menganut agama selain dari Islam, maka tidaklah akan diterima darinya, dan dia kelak di Hari Hari Akhirat tergolong orang-orang yang dirugikan"(Ali Imran :85)Setelah kita berusaha denagan bersunggguh-sungguh mengamalkan ibadat serta suruhan yang diperintakan, kita hendaklah berdoa dan menyerah diri kepada Allah swt. dengan memohon keampunan serta rahamat yang yang hanya Allah sahaja dapat memberikannyaBerdoalah dengan seikhlasnya kepada Allah swt.seperti,

"Ya Allah, Berikanlah kami petunjuk, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai. Kami telah menyerahkan diri kami kepada Mu. Matikanlah kami sebagai orang-orang mukmin serta golongkanlah kami bersama -sama orang-orang salihin" . Amin!!!

No comments: