Sunday, August 10, 2008

Bangun malam bertahajud

Ahad 10 Ogos 2008/ 8 Syaaban 1429.



Bila bangun di tengah malam, dirikan solat tahajud. Mintalah ampunan bagi orang-orang mukmin. Dua rakaat di keheningan malam merupakan tabungan bagi negeri keabdian.

Kerana itu, banyakkanlah menabung untuk masa kematian yang pasti datang kepadamu. Pada masa itu tiada keturunan dan tiada sahabat. Kesempatan tahajud akan terlewat bila kamu terlalu banyak perhatian dan sangat sibuk dengan urusan dunia, senda gurau dan hiruk pikuk dunia.

Begitu pun kerana keletihan anggota badan atau perut terlalu penuh. Bertahajud dapat terbantu dengan berzikir dan bertasbih sambil mengadap kiblat menjelang terbenam matahari. Pada saat ini hindari perkara-perkara yang melalaikan"

(Syaikh Zaaenudin bin Ali Al-Mi'bari Al-Malibari)

Kita digalakkan solat tahajud iaitu solat sunat selepas tidur dan bangun di tengah malam/ waktu sahur sekurang-kurangnya satu rakaat.

Allah berfirman yang bermaksud, " Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.

- ( Al-Isra: 79)

Apabila selesai bertahajud mintalah ampunan bagi orang mukmin lelalki dan perempuan dengan mengucap antara lain:

" Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung untukku,untuk kedua orang tuaku dan untuk sgenap orang yang beriman lelaki dan perempuan; yang masih hidup dan yang telah mati".

Sabda Nabi,saw, " Barang siapa memohon ampunan kepada Allah bagi orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, baginya Allah menuliskan satu kebaikan daripada setiap orang mukmin lelaki dan perempuan."
Sabda Rasulullah saw lag' yang bernaksud,

" Sesungguhnya dalam waktu malam itu ada satu saat yang apabila padanya sesorang memohon suatu kebaikan dunia dan akhirat kepada Allah, pasti Di akan memberikannya padanya".

Begitu juga diisyaratkan dalam satui hadis sahih, " Tuhan kita Yang Maha Pemberi Berkah turun padacsetiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam akhir. Dia berfirman,

" Orang ynag berdoa keadaKu, pasti Aku akan mengabulkannya, Orang yang meminta kepada Ku, Aku akan memberinya. Dan orang yang memohon ampunan kepadaKu, pasti Aku akan mengampuninya".

Di antara persediaan untuk membolehlkan bangun d untyuk tahajud malam ialah:

1. Memperbaharui wudhu' setelah isyak akhir.

2. Berzikir mengingati Allah sebelem terbenam matahari, dengan bertasbih, beristighfar sambuk menghadap kiblat.

3. Beribadah antara maghrib dan isyak dengan solat sunat dan membaca Quran.

4. Tidak berbicara semasa beribadah/ zikir dengan perkaraa di luar urusan ibadah.

5. Brezikir atau berdiri melakukan solat sehingga terasa m,engantuk ynag sangat.

6. Meninggalkan kebiasaan seperti bantal dan tempat tiduk yang nyaman.

7. Jauhkan hati dari ingt kepada dendam, per5buatan bid'ah dan kelebihan perhatian kepada dunia,

8. Elak makan berlebihan

9. Baca ayat Alkahfi:110 .. Dengan tangan kirinya ia mengusap dadnya sambil berkata... Ya Allah, bangunkan lah aku pada wakti ... sekian- sekian..

10, Apabila bangun tidur disunatkan membaca akhir surah Ali Imran, iaitu daripada ayat 190 - 200

Kesimpulannya: setelah solat tahajud hendaklah banyakkan berdoa,. istighfar, memohon dengan sepenuh hati (tadharru') dan menangis.

Maksud Hadis. " Jarak terdekat antara Tuhan dan hambanya, ialah pada tengah malam yang akhir. Maka bilamana kamu mampu menjadi orang yang berzikir pada saat-saat itu, laksanakanlah"
- R. Abu Daud Wal Tarmizi Wannisai walhakim.....

No comments: