Makna bacaan dalam solat.
Memahami bacaan dalam solat adalah satu perkara yang penting diketahui oleh semua mukmin semasa mendirikan solat. Pemahaman erti bacaan dapat menenjadikan kita lebih khusyu' dalam solat dan dapat merasakan solat kita benar-benar diterima Allah swt
Berikut adalah makna-makna bacaan dalam solat di dalam Bahasa Melayu dengan anggapan bacannya dapat di selaraskan dengan makna-makna yang diserta di sini dapat di fahami dan dihafal serta dihayatai sekiranya masih belum berpeluang menghafal dan memahaminya.
A. Bacaan doa iftitah lepas takbirtul ihram,
1. Ku hadapkan diriku kepada Tuhan yang telah menjadikan langit-langit dan bumi.
2. Dengan keadaan lurus menyerah diri patuh dan tidak sekali-klai aku daro orang-orang musyrik.
3. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matikau adalah untuk Allah Tuhan yang maha memalihara sekalian alam.
4. Tiada yang menyegutui bgaiNya dan dengan itulah akau diperintahkan Allah dan adalah aka dari golongan orang-orang Islam.
B. Membaca surahb Faatihah
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.
2. Segala puji-pujian kepunyaan Allah Tuhan yang memelihara sekalian alam .
3.Yang maha pemurah lagi penyanyang
4.Yang menguasai hari pembalasan (Hari Qiamat)
5. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkaulah yang kami minta pertolongan.
6. Tunjukkan kami jalan yang lurus
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang sesat .
8. Perkenankanlah.
C. Tasbih Ruku'
1. Maha suci Tuhanku yang maha besar,
D. Bacaan I'tidal
1. Muga-muga Allah memperkenankan mereka yang memujiNya ,
2. Wahai Tuan kami, , kepunyaan Engkaulah sekalian puji-pujian.
E. Bacaa Qunut.
1. Wahai Tuhanku, Tunjuklah aku beserta mereka yang Engklau tunjukkan dan
2. Afiatkan aku serta mereka yang Engkau 'afiatkan dan
3. Tolonglah aku serta mereka yang Engkau tolkongkan dan
4, Berkatkan bagiku pada apa-apaa yang Engaku telah tentuka,
5. Sesungguhnya Engkaulah yang menghukum damn tidak dihukum di atas Engkau,
6. Dan Sesungguhnya tidak akan hina mereka ynag Enkau tolong dan tidak jadi
mulia mereka ynag Engaku musuhi,
7. Maha besar Allah Engkau Wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau,
8. Maka kepunyaan Engkaulah segala puji-pujian di atas apa-apa yang Engkau hukum
9. Dan Aku minta ampuan dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
10. Dan Allah mengurniakan rahmat sejahtera kepada junjungan kami Nabi
Muhammad dan di atas keluarganya dan sahabatnya.
F.Membaca doa antara dua sujud,
1. Wahai tuhanku, ampunkanlah dosakan, kasihanilah aku,
tolonglah aku, berikanlah rezeki kepadaku, angkatklah darjatku,
tunjuklah aku, afiatkanlah aku, dan maaflah kesalahanku.
G. Membaca Tahiyyat.
1.Segala kebesaran, segala keberkatan solat-solat kata-kata yang baik adalah bagi Allah semata-mata.
2. Kesejahteraan di atas Engkau wahai Nabi dan juga rahmat Allah dan keberkatan-keberkatannya kesejahteraan di atas kami
3. dan di atas hanba-hamba Allah yang salih,
4. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
5. Wahai Tuhanku berilah rahmat atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad.
H. Membaca Selawat Ibrahimiah.
1. Sepertimana Engkau telah beri rahmat atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim
2. Dan berilah keberkatan atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad sepertimana Engkau telah beri keberkatan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim dan
3. Berillah keberkatan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalm seluruh alam
4. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.
I. Lafaz salam
1. Sejahtera di atas kamu dan rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment