Monday, June 25, 2012
Peranan seorang isteri terhadap keluarga
Isnin, 18 Jun 2012./5Syaaban 1433.
Peranan seorang isteri terhadap keluarga
Nabi saw bersabda , "Jika seorang isteri telah melakukan solat lima waktu, dan berpuasa sebulan penuh Ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka ucapkan kepadanya " masukklah ke syurga dari mana saja pintu-pintu syurga yang kamu kehendaki ".
Mentaati suami merupakan taanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh para isteri dengan sebaik-baiknya, selain menjaga kehormatan dirinya dari perkara-perkara yang ditegah antarnya seperti mendedahkan aurat, keluar tanpa izin suami.
Nabi saw bersabda, Pertama urusan yang ditanyakan kepada isteri di hari Qiamat ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak).
Melakukan sebagiamana keteranagan hadis di atas seorang isteri itu akan mudah mendapat masuk ke syurga. Tugas menjaga rumah tangga dan mendidik anak-anak oleh pihak isteri adalah tugas yang sangat mulia yang diperlukan bagi menjamin masa depan anak-anak yang terdidik dengan baik dari segi pelajaran dan akhlak.
Jika tugas penting ini diabaikan dan anak-anak tidak mendapat didikan dan kasih sayang ibu dan bapa akan menjadilah kanak-kanak ini nanti dalam keadaan yang tidak dapat menjalani hidup sebagaimana yang dikehandaki oleh ajaran agama yang memerlukan perhatian ibubapa di rumah sejak semasa kecil lagi.
Oleh itu tugas isteri di rumah adalahlebih penting daripada tugas yang membelakangi tugas rumah tangga yang sepatutnya diberikan perhatian kepada anak-anak yang sangat dahagakan asuhan untuk dijadikan bekalan semasa menjalani hidup akan datang, bagi menjamin keluarga yang bahagia lagi sejahtera supaya anak-anak dapat diasuh dan dididik dalama suasana yang terbaik untuk kebaikan ahli keluarga.
Masalah kurang didikan dan asuhan ibubpa dari segi agama dan akhlak kepada generasi sekarang ini telah banyak menimbulkan gejala sosial dewasa hari ini. kesan dari tidak adanya kesedaran di kalangan ibubapa khasnya ibu yang lebih banyak membuat kerja-kerja di luar rumah dalam urusan yang sepatutnya dilakukan oleh suami termasuk dalam urusan mencari nafkah hidup, perniagaan dan kerja-kerja sosial yang mementingkan keuntungan kebendaan atau keduniaan daripada melaksanakan tanggungjawab sepatutnya untuk kebahgaiaan bersama keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment