Tuesday, August 4, 2009

Al Quran sebagai pemberi syafaat di Hari Akhirat

Selasa. 4 Julai 2009/14 Syaaban 1430 H

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”

Riwayat Muslim

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”

iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.


Al-Quran pemberi syafaat


Jadikanlah bacaan al-Quran sebagai wirid dan amalan yang berterusan yang dibaca di waktu siang dan malam, Jika ianya dibaca satu juznsetiap hari seseorang itu dapat menghatamkannya dalam masa sebulan. Jika mampu quran itu hendaklah dibaca dalam masa 3 hari berkhatam.

Rasulullah saw bersabda yang betmaksud :

"Ibadah yang paling utama dari umatku adalah membaca Al Quran"
- (HR Hakim )


Sesungguhnya kelebihan Al-Quran tidak terhitung oleh kita. Kalam Allah ini hakikatnya, merupakan mujizat terbesar Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW Lantaran itulah, jika kita mengamalkan dan mencintai akan al-Quran, insya-Allah kelebihan itu akan singgah dan menetap di dalam diri kita.

Yang pastinya, apa sahaja yang dilakukan di dalam kehidupan seharian kita akan terpelihara dengan ruh al-Quran.

Begitulah besar sekali kelebihan dan kemuliaan yang Allah janjikan kepada mereka yang membaca al-Quran, apatah lagi bagi mereka yang menghafaz kalam Allah ini.

Hakikatnya, pembacaan al-Quran tanpa berusaha memahami pengertiannya adalah merupakan satu kerugian besar.
Menyedari kepentingan inilah maka ramai ibu bapa dan penjaga malah individu berusaha belajar teknik mempelajari, memahami, sekali gus menghafal. Ini diperteguhkan dengan fadilatnya yang bukan calang-calang hebat.

Salah satu kaedah paling mudah dalam belajar seterusnya menguasai pembacaan dan penghafalan al-Quran adalah dengan menggunakan bantuan seperti mendengar berulang kali menerusi cakera padat (CD) atau kaset.

Semasa membaca ayat yang berisi ke Esaan dan keagunganNYa , penuhilah hati kita dengan keagungan dan kebesaranNya pula. Pada ayat yang berhubungan dengan janji dab ancamanNya, penuhilah hati kita dengan kegembiraan dan rasa takut. Sedangkan pada ayat yang mengandungi perintah dan laranganNya, bersyukur dan sedarilah kekurangan kita dalam beribadah serta mohonlah ampun kepadaNya dan berlaku taatlah kepada Nya.

Kita dituntut selalu membaca surah dan ayt yang disebutkan dalm hadis Nabi saw yang di dalamnya mengandungi fadhilat yang besar.

1. Bacalah surah: Alif Lam Mm As sajadah, Al Waqiah, Al Mulk dan 2 ayat akhir surat al Baqarah setiap malam.

2. Surah Ad-Dhuha pada setiap malam Isnin dan Jumat.

3. Surah Al Kahfi pada setiap malam jumaat dan hari jumaat.

4. Jika segalanya memungkinkan baca pula ayatul mnjiat As-Sab'a (tujuh ayat keselamatan) setiap malam.

5. Bacalah tiap pagi dan petang beberapa ayat daro surah Al Hadid (1-4) Al Hasr (21-24), Al Ikhlas 3 kali, Al Falaq dan An Nas 3 kali.

6. Bacalah surah Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas, ayat kursi dan Al Kafirun sebelum tidur.



Tanda-tanda Kebagusan Akhlak

Sesungguhnya kebagusan Iman itu ialah iman. Dan keburukan akhlak itubialah nifak(sifat orang munafik). Allah Ta'ala menyebutkan sifat-sifat orang mukmin dan orang munafik dalam firmannya. Dan sifat-sifat itu pada jumlahnya adalah buah (hasil) kebagusan akhlak dan keburukan akhlak. Surah almu"minun :ayat 1-10. Maksudnya:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman itu. Mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perkataann yang tidak berguna.Dan orang-orang yang menunaikan zakat). Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (tidak melepaskan syahawatnya). Melainkan kepada isterinya atau budak yang mereka miliki,
Maka sesungguhnya mereka itu tiada tercela. Tetapi, orang-orang yang mencari selain dari itu, maka merekalah orang-orang yang melanggar batas. Dan orang beriman dan beruntung juga, orang-orang yang memlihara amanat-amanat yang diberikan kepadanya serta janji yang dibuatnya. Dan orang-orang yang menjaga solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi."...(yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya).

No comments: