Tuesday, August 11, 2009

PERKAHWINAN ITU SATU IBADAT

Selasa, 11 Ogos, 2009/20 Syaaban 1430

Terjemahan Pilihan Ayat-ayatvAl Quran:


1.An Nisa: 3


Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula dari diri yang satu (Adam) satu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan betaqwalah kepada Allah kepada Alah yang kamu selalu meminta dengan menyebut2 namaNya, dan peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat, sessungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.



  1. An Nur : 32


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) , Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, keran Allah amat luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya) lagi amat mengetahui.

    3. Ar Rum: 21


Di antara tanda-tanda yang membuktikan kebenaranNya dan rahmatNya ialahIa menciptakan untuk kamu (kaum lelaki) akan isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hatidan hidup berkasih mesra dengannya, dan dijadikan pula di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan bertimbang rasa. Sesungguhnya yang demikian itu keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.


    4. At Tur : 21


Dan orang-orang beriman yang dituruti oleh zuriatnya (keturunannya) dalam keadaanberiman. Lalu Kami hubungkan merekadi dalam syurga dan Kami tidak mengurangkansedikit pun pahala malan mereka.Tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang di kerjakan.



Keterangan huraian ayat yang dibacakan.


Daripada ayat-ayat Al Quran yang dibacakan tadi, Allah menggambarkan sifat semula jadi manusia, ia itu cinta dan kasih kepada keluarga (isteri dan anak-anak) dan di antara suami isteri saling perlu memerlu, ibarat pakaian yang setiap hari kta guna dan setelah itu dijaga dan dibersihkan serta disimpan di tempat yang baik lagi selamat.


Manusia hendaklah kembali kepda fitrah manusia ia itu suka hidup berkasih sayang, bermesraan dengan keluarga, suka kepada suasana aman damai dan tenteram. Kerana dorongan fitrah itu, biasanya manusia sanggup membayar dengan harga yang mahal untuk harga kasih sayang, harga kedamain dan ketenteraman.


Islam menggalakkan manusia agar hidup berkasih sayang di antara suami dan isteri serta anak-anak. Allah menyediakan pula ganjaran yang besar dengan diberinya pahala dan syurga di akhirat bagi sesiapa sahaja yang mendirikan rumahtangga, mendidik keluarga dengan kasih sayang dan menyediakan keperluan untuk rang yang berupa tempat tinggal, makanan dan pakain serta pendidikan dan pelajaran.


Sesungguhnya kekeluargaan dalam Islam merupakan institusi yang berangkaian membawa wujudnya rangkaian masyarakat yang besar, membawa kepada negara dan alam sejagat. Ikatannya ialah iman dan taqwa, lalu bertolak dari situlah lahirnya kasih sayang di antara keluarga dan membawa wujudnya ketenagan dan kedamaian.






No comments: