Wednesday, August 12, 2009

Syurga untuk siapa?

Rabu 12 Julai 2009/21 Syaaban 1430H

Syurga itu adalah alam nikmat yang disediakan untuk membalas amalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, iaitu orang-oarang yang mentaati Allah swt dan meningggalkkan segala laranganNya.Syurga ialah suatu alam yang abadi yang diliputi dengan segala macam kenikmatan dan kesenangan yang tidak terimpikan oleh akal fikiran manusia. Suatu alam yang terdapat di dalamnya sesuatu yang tidak pernah dilihat mata dan yang tidak pernah didengar telinga dan sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam hati seseorang manusia. Bahkan terdapat di dalamnya apa saja yang dirindukan atau diinginkan oleh setiap manusia. Di dalamnya manusia tinggal kekal tanpa kesudahan.

Di dalam al Quran ada digambarkan kenikkanmatan dan kesenanagn syurga itu dalam beberpa ayat seperti:

1. " Misal daripada syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa, di situ ada sungai-sungainya, ada yang dari air tanpa ada perubahan rasanya, ada yang mengalir susu dan tidak pula berganti-ganti rasanya, ada yang mengalir arak, nyaman dan bermanafaat bagi para peminumnya. Juga ada sungai-sungai yang memperoleh madu yang bersih. Para ahli syurga itu juga memperoleh buah-buah dan pula pengampunan dari Tuhan mereka".

Syurga itu adalah anugerah kepada sesiapa antara hamba-hambaNya yang mukmin, muttaqin, salihin, syuhadah dan orang-orang yang bersih suci dariapada mensyirikkan Allah swt dengan sesuatu.muknmin itu adalah orang yang bertaqwa menmgabdikan dirinya kepada Allah swt dengan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan ikhlas dan tidak riya' dalam mengerjakan sesuatu kebaikan di dunia, bahkan melakukannya kerana Allah semata-mata.

Allah berjanji ahli syurga yang terdiri daripada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa balasan a yang akan mereka kecapi di akhirat ialah kenikmatan dan kesenangan yang tidak dapat dibadingkan dengan kenikmatan yang ada di dunia ini. Mereka akan beroleh keampunan dan balasan kebaikan iaitu di masukkan ke dalam syurga yang penuh dengan segala kenikmatana dan kesenangan.

Firman Allah swt dalam ayat Al-Maidah: 9.

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka akan mendapat keampunan dan ganjaran yang besar."

Firman Allah swt surah Al-Imran ayat 15-16.

"Katakanlah: "Ingin aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya, iaitu orang-orang yang berdoa; "Wahai, Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman dan peliharalah kami dari seksaan api neraka."

Firman Allah swt dalam Surah An Nisa: 57.

"Dan orang -orang yang beriman dan mengerjakan amal yang baik-baik itu, Kami akan masukkan ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai , kekal mereka di dalamnya; mereka mempunyai isteri-isteri yang suci dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman."

Firmaan allah juga,

"Sesungguhnya akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke syurga yang mengalir pedanya sungai-sungai kerana sesungguhnya Allah itu berbuat apa yang Dia kehendaki".
- ( A-Haj: 14)

Oleh yang demikian bulatkanlah dalam hati dan fikiran kita untuk menjadi penghuni syurga dengan melakukan sebanyak-banyak amal soleh di dunia ini dengan penuh ikhlas, semoga Allah swt meredhai segala amalan kita dengan diberikan ganjaran pahala iaitu syurga yang kita idam-idamkan.

Sebaliknya neraka itui dipenuhi dengan berbagai rupa azab dan siksaan yang tidak terfikir oleh fkiran manusia, untuk disediakan bagi hamba-hambanya yang kafir, musyrik dan munafik dan tidak beriman kepada Allah semasa hidup di dunia.

------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: