Sabtu, 29 Ogos 2009/8Syaaban 1430
Firman Allah swt,dalam Surah An Nisa:131 yang bermaksud,
"......................dan sungguh Kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga kepada kamu; bertaqwa kepada Allah"
Wasiat atau perintah yang paling agung di sisi Allah swt ialah wasiat ketaqwaan kepada Allah swt.Yang dimaksudkan dengan ketaqwaan ialah kita melakukan kebaikan kerana nur (cahaya) dari Allah, dan kita takut akan seksanya. Iaitu dengan mengerjakan segala sesuatu yang diperintahkan dan meninggalkan segala sesuatu yang dilarang.
Ali bin Abi Talib r.a mengatakan. "Bertaqwa kepada Allah swt, bererti takut kepada Allah Yang Maha Agung, megamalkan apa yang diwahyukan redha terhadap yang seedikit dan mempersiapkan diri untuk hari esok (hari qiamat)."
Perkara yang diwahyukan terdapat dalam himpunan Al Quran dan As Sunah wajiblah dipatuhi serta redha terhadap yang sedikit di dunia dan mempersiapkan diri untuk dunia akhirat selepas meninggalkan dunia yang sementara ini.
Ibnu Taimiyah mengatakan ketaqwaan itu dihuraikan sebagai, "Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, kerjakana amalan yang baik setiap kali kamu melakukan amalan yang buruk, nescaya amalan yang baik itu akan menghpuskan amalan yang buruk dan bergaullah sesama anuasia dengan budi pekerti yang luhur."
Para ulama bersepakat bahawa darjat yang paling utama adalah darjat takut kepada Allah beserta ikhlas. Orang yang takut dia akan menghidupkan malamnya (qiamullail) dan ssesipa menghidupan malam, dia akan sampai ke dalam rumah (surga). Orang yang takut kepada Allah, akan menjadikan dirinya dengan beramal, kerana orang yang beriman sentiasa beramal memperbaiki amalnya dan takut kepada Allah
Firman Allah yang bermaksud, "......sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuaatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." - (Hud: 114)
Hendaklah seorang mukmin memperhati dan menyedari bahawa pendangan dan pengawasan Allah swt sentiasa menyeratainya di mana sahaja. Rasulullah saw bersabda, "Apabila kamu tidak melihatNya, sesungghnya Dia melihatnmu" - (Al -Bukhari)
No comments:
Post a Comment