(Nota: Semalam Ahad 23 Ogos 2009/ 2 Ramadhan 1430) keberangkatan pulang keluarga dari Mekah Haji Daud bin Ahmad dan keluarga ke Mekah, di KLIA berlepas 3 pm. Semoga selamat dalam perjalanan dan tiba di Mekah jam 11 malam waktu tempatan.)
Lakukanlah kebajikan kerana Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
(Sesiapa yang berbuat amal yang baik, sama ada lelaki atau pun perempuan sedang ia beriman, maka sesungguh Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik; dan Kami akan memberikan balasan kepada mereka pahala mereka, lebih baik daripada apa yang mereka lakukan)
( Surah An Nahl:97)
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.
Iktibar dan fiqh ayat
i. Ibn Kathir berkata: "Allah sekali-kali tidak mengabaikan balasan tetapi membalas dengan secukupnya bahkan sebanyak-banyaknya kepada yang melakukan kebaikan".
ii. Sheikh Sya'rawi berkata: "Allah membalas dengan adil tanpa sebarang kecuaian. Justeru, kebaikan yang dilakukan oleh manusia sekalipun tidak diketahui oleh manusia atau diingkari sedangkan Allah Maha Mengetahui terhadap orang yang bertakwa".
iii. Al-Maraghi berkata: "Allah SWT akan menurunkan ganjaran kepada mereka yang beramal, menurut keadaan mereka yang hanya diketahui Allah SWT, dan sesuai dengan niat yang terkandung di hati mereka.
"Barang siapa yang memiliki iman yang benar dan bertaqwa kepada Allah SWT sudah pasti akan berhasil memperoleh kebahagiaan.
"Ayat ini merupakan dalil seperti sebelumnya kerana tidak adanya pemberian pahala terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang baik. Kemungkinan besar kerana lupa atau kerana tidak tahu.
"Walau bagaimanapun, sifat ini tidak wajar terjadi pada Allah SWT sebab Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Atau boleh jadi Dia tidak memberikan pahala itu kerana Dia tidak mampu memberi, atau kikir, atau dia sendiri memang memerlukannya".
iv. Sheikh Muhammad Thair Ibn 'Asyur, majoiti ulama membaca ayat di atas dengan wa ma taf'alu, yakni apa sahaja yang kamu kerjakan. Berbeza dengan bacaan imam-imam qiraat Hamzah, al-Kisa'i dan Hafsh yang membacanya wa ma yaf'alu yang terjemahannya apa saja yang mereka kerjakan.
v. Hamka berkata: "Kalau iman dalam hati nescaya ayat ini mempengaruhi untuk berbuat amal dan kebajikan. Sedangkan ahli Kitab belum percaya kepada risalah dan nubuwah Muhammad SAW, belum mengenal al-Quran dan berdoa kepada Tuhan dengan isi kitab Mazmur".
Semoga kita menjadi orang yang beriman, melakukan amal makruf nahi munkar seterusnya berlumba dalam melakukan kebajikan. Amin.
No comments:
Post a Comment